Pages

Monday, July 29, 2013

Jutaan Bidadari menangis

Jutaan sang bidadari menangis minta dilindungi,
Mana pembela bidadari dunia ?
Sedangkan Rasulullah s.a.w berkali berpesan :
"Jagalah wanita ! "


Diskriminasi terhadap wanita Islam hanya kerana hijab?

Perancis :
Kerajaan Perancis berbangga menjadi negara pertama yang menolak pemakaian hijab di negara mereka.Malah satu operasi yang dinamakan "Burqa Ban "kononnya untuk membanteras gejala pemakaian hijab. Wanita muslim yang berhijab akan dikenakan denda !Kerajaan Perancis percaya pemakaian hijab ini mencetuskan sentimen agama dan 86 % rakyat Perancis bersetuju akan perkara ini !

Australia :
Hukuman penjara dijanjikan buat wanita islam yang berhijab apabila kerajaan Australia menetapkan undang-undang berkenaan.Malah Profesor Gary Bouma dari Monash Melbourne University percaya hijab menyukarkan wanita islam untuk mendapatkan pekerjaan!

Britain :
Dua orang pelajar Muslim dihalang daripada bersekolah kerana mereka telah memakai skaf kepala di sekolah.Kerajaan Britain juga bersikap dikriminasi apabila menganak tirikan sekolah Islam sebaliknya memberi dana bantuan buat sekolah Katolik dan Yahudi.

Kepulauan Caribbean :
Badan masyarakat Katolik, Anglican, Presbyterian, Pembaptis dan Hindu menyokong tindakan menghalang pemakaian hijab oleh pelajar islam di sekolah.Saudara-saudara muslim kita melawan kes ini di mahkamah.

Virginia, U.S  :
Seorang guru wanita telah dilucutkan daripada perkhidmatan apabila dia mula mengenakan hijab.Pada awalnya mahkamah bertindak memberikan guru wanita ini peluang kana tetapi keputusan ditarik semula.Sehingga kini kes ini masih dalam rayuan.

St.Paul, Minnesota :
Tayyibah Amatullah,seorang wanita islam telah ditahan kerana berhijab semasa membeli-belah.Beliau telah diberi kata dua oleh pihak polis sama ada menanggalkan penutup mukanya atau meninggalkan pusat beli-belah.Amatullah marah akan tindakan itu dan bertegas dengan keinginannya untuk tidak melihat lelaki dan tidak mahu disentuh sembarangan.Namun dia telah dibawa ke satu bilik kecil dan disaman. Pihak berkuasa menegaskan tindakan mereka terhadap Ayatullah atas dasar membanteras masalah jenayah dan orang awam tidak dibenar menutup muka mereka di tempat awam !

Belgium :
Undang-undang menghalang pemakaian hijab oleh wanita islam dicadangkan untuk dilaksanakan bukan sahaj di sekolah malah juga di hospital meliputi pelajar, guru dan doktor.

German :
Canselor  Gerhard Schroeder menegaskan bahawa tudung/hijab tidak mempunyai tempat dalam kerajaan termasuk guru-guru

Denmark :
Pusat dan gedung beli-belah memecat semuapekerja wanita islam yang berhijab.Pernah mahkamah memihak seorang pekerja wanita islam yang berumur 16 tahun untuk memakai hijab ketika bekerja,Perdana Menteri Denmark sendiri memberi ugutan akan menentang keputusan itu dan angkuh berkata : “The court decision in favour of a Muslim girl can have consequences. I will advise these girls not to wear these scarve "(Keputusan mahkamah memihak kepada gadis Islam boleh membawa kesan. Saya akan menasihati gadis-gadis tidak memakai tudung itu )

Itali :
Sebuah tadika memecat seorang guru Muslim wanita atas tindakannya berhijab dan mereka percaya itu akan menakutkan kanak-kanak.Liga Utara yang merupakan rakan kroni Berlusconi menhina guru wanita berkenaan dengan kenyataan, “If someone comes from the jungle and is used to going around dressed like Tarzan, they can do it there, but not here." (Jika seseorang keluar dari hutan dan berpakaian seperti Tarzan, mereka boleh lakukannya tapi tidak di sini )

Syria :
Seorang muslimah telah dizalimi oleh tentera Basyar Laknatullah dengan ditinggalkan telanjang di tengah jalan.Sebelum itu muslimah itu telah diperkosa 100 tentera.Dia dibiarkan kesejukan di atas jalan. Sementara itu pihak tentera memperkosa wanita sunni sesuka hati walaupun di kawasan terbuka.

Sungguh Ya Allah kuatkan iman para muslimah...


Perasan tak gugurlz semua, hari ini aurat kita diusik oleh musuh Islam dari jauh atas kerelaan kita sendiri.
Fikirkan..
Akhir zaman ini, wanita islam ini sudah tidak mampu menjaga kehormatan dirinya,
begitu juga lelaki islam sudah tidak gagah lagi membela muslimah yang dizalimi,
Salah siapa kalau islam itu sendiri umat dagangkan ?


Ini kisah para sahabat sanggup mati demi mempertahankan aurat seorang muslimah.

KISAH MUSLIMAH DAN YAHUDI DI PASAR BANI QAINUQA

’Abdullah bin Ja’far bin Al-Miswar meriwayatkan kisah tentang sebuah perjuangan menjaga maruah dan aurat Muslimah. 

Pada suatu hari, terdapat seorang perempuan Arab Muslimah pergi ke pasar Bani Qainuqa’ membawa barang jualannya, lalu duduk berdekatan dengan seorang tukang emas berbangsa Yahudi.
Kemudian datang beberapa orang Yahudi mengepung dengan… tujuan mengganggu perempuan tersebut.

“bukalah penutup mukamu,” kata sekumpulan orang Yahudi tersebut.
Perempuan itu lantas mempertahankan maruahnya: “Tidak!”

Si tukang emas yang berada berdekatan dengan perempuan tersebut secara diam-diam memegang hujung kain perempuan itu, lalu disimpulkannya hingga ke bahagian belakang badannya ketika wanita Arab itu tidak menyedarinya . apabila perempuan itu bangun, maka terdedahlah auratnya. 
Apa lagi , orang Yahudi ketawa terbahak-bahak.
“Ha….ha….ha… padan muka kamu!”
Lantas perempuan itu menjerit: “Tolong….tolong!”

Tiba-tiba datang seorang lelaki Muslim yang menyerbu tukang emas tersebut, lalu membunuhnya. Orang Yahudi yang melihat kejadian itu segera bertindak balas dengan membunuh lelaki Muslim tersebut.
Keluarga lelaki Muslim itu mula menjerit memanggil orang Islam untuk bertemu orang Yahudi tersebut. Maka berlaku pergaduhan antara mereka dengan Bani Qainuqa’.

 (Ibn Ishaq, al-Sirah al-Nabawiyyah)

Adakah kini kita menghadapi situasi seperti yang dihadapi oleh wanita Arab Muslimah tersebut? Jawapannya, tidak. Malah sebaliknya wanita kini mendedahkan aurat atas dasar sukarela, “ikhlas” dari hati mereka.

Berdasarkan kisah di atas, wanita dan lelaki berperanan mempertahankan maruah (dalam konteks ini aurat). Wanita perlu memahami syariat, lantas menyambutnya dengan hati terbuka dalam bentuk amalan (praktikal).
Bagi lelaki pula,jangan sesekali menjadikan wanita sebagai objek pelaris dalam apa-apa sahaja promosi. Demikian juga peranan seorang suami, ayah, abang, termasuk juga lelaki secara umum, nasihatlah wanita yang berada di bawah jagaan mereka agar menitikberatkan penjagaan aurat sebaiknya.

Wallahua’lam. Petikan dari Majalah Solusi siri 41 di bawah tajuk “Tutup Aurat 


No comments:

Post a Comment

apa komen anda???