Pages

Tuesday, August 20, 2013

Isu mahar Rendah atau tinggi : Bermaharkan Al-Quran

Assalamualaikum

Isu mahar, wang hantaran yang tinggi hangat diperkatakan di Malaysia.Mau tak terkejut dibuatnya, nak kahwin dengan perempuan berkelulusan ijazah kena cukup RM 50,000 dalam tangan! Kalau tak selamat jalanlah cik abang sayang! 

Missnara terjumpa satu kisah tentang seorang wanita bermaharkan hafazan Al-quran ! Masha-Allah..'


Hiba Ammar writes: 

When my father proposed to my mother… He dedicated Surah Al-Imran, which he memorized of heart, as her “Mahr” (dowry)

And when my husband proposed to me, my father told him that he would have to memorize a surah of the Quran as my mahr.. The wedding will not go on unless i’v received my mahr (that surah)

I was asked to pick one of the surahs… I chose Surah Al-Noor… For all the laws that Surah contained within it and for the fact that it seemed hard to memorize on my behalf.

And before our wedding day; aside of being busy preparing for our “Newly wedded Nest”… The Quran wouldn’t leave my husband’s hand an entire month as he was memorizing the surah…

A few day before our wedding day, my husband came to recite to my father the surah which he had completed.

My father told him every time u make a mistake, u would have to start from the beginning all over again :))

My husband began reciting surah Al-Noor with his calm/gentle voice in such a “beautiful” scene which I will never forget. My mother and I would look at one another and would smile awaiting my husband to make a mistake so he would have to start all over again and by that increase my “Reward”…

But my husband - May Allah bless him - had memorized the surah off heart and didn’t even forget one single verse of it.

Once he finished my father hugged him and said to him: “Today I shall marry my daughter to u for u have fulfilled her mahr.. and your pledge to me..”

He didn’t pay me a financial mahr… And we didn’t buy gold worth tens of thousands…

He sufficed me with Allah’s words as an oath/contract between us…

And the Question is…. I wonder what Surah my daughter will chose as her mahr in the future?
Subhan’Allah,such a wonderful example 




Ini betul! Missnara pernah mendengar satu keluhan seorang abang yang sedang mencari wanita nak dibuat bini."sepatutnya nilai solehah si wanita tidak tertnding dengan wang ringgit""

Betul apa? kemain minta beribu-ribu, konon anak dia dara dia belajar luar negara, best student lah, tapi  masak pun terkial-kial.Kemain lagi letak harga tinggi tapi perangai ya Allah (tepuk dahi).. tu belum alkisah yang dah tak suci.Bak kata si cik abang tadi ;"patutnya yang nak mahal-mahal tu , perempuan yang baik akhlaknya ke, terpelajar,jaga solat,tak pernah disentuh yang bukan ajnabi, hafaz quran ke, paling penting baik hatinya.."

memang berbaloi-baloi lahkan cik abang oii?





Apa-apa pun berbaliklah pada Al-quran dan As-sunnah.Kembali mengkaji Islam meletakkan kadar dan keadaan mahar itu bagaimana.Apa lah ruginya kalau sejam dua meluangkan masa membaca fatwa dan karangan para ulama' untuk dijadikan panduan dan bawa berbincang kedua belah pihak.

Alahai !
Kahwin sehari lagak macam jutawan, kemudian menjadi penghutang terhormat untuk menempuh alam rumah tangga pada sekian harinya.Pandai-pandailah merncana kewangan anda untuk sebuah perkahwinan.
Minta jauh..na'uzubillah.





Wanita pertama , Hawa isteri nabi Adam alaihissalam sendiri bermaharkan selawat !
Anak Rasulullah sollallahu'alaihiwassalam sendiri,saidatina Fatimah radhiyallahu'anhu menerima baju besi Saidina Ali karamallahuwajhah sebagai mahar perkahwinan. Baca sini

Ulama' dunia, Syeikh Yususf Al-Qaradhawi 
mengungkapkan bahawa Nabi SAW menikahkan puteri-puterinya selalu dengan mahar yang paling mudah dan paling ringan.

"Mereka tidak pernah menanyakan kekayaan calon menantu dan tidak menanyakan apa yang akan diberikannya kepada anaknya bukan barang dagangan yang diperjualbelikan" 

Kata Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, "Mereka adalah manusia. Kerana itu, si ayah atau wali hendaklah mencarikan manusia yang sepadan untuk anak perempuannya, iaitu manusia mulia : Mulia agamanya, mulia akhlaknya, dan mulia tabiatnya."


rujukan :Buku fatwa-fatwa Kontemporer (Gema Insani Press,1995)

Buat para anak dara sekalian, (eh kalau janda? ) kita atau kalian punya hak juga untuk menetapkan mahar perkahwinan anda.Anda juga berhak membuat tuntutan mahar perkahwinan anda sendiri bukan hanya mengikut teklunjuk ataupun paksaan pihak-pihak tertentu.

Seperti yang berlaku pada zaman Khalifah Umar Al-khattab pernah ditegur tatkala beliau berkhutbah
 "Bertaqwalah kamu kepada Allah, jangan kamu meninggikan mahar perkahwinan "
Buat yang akan, sedang dan telah membina baitul muslim, doa Missnara ,moga kalian dipermudahkan urusan oleh Allah.


No comments:

Post a Comment

apa komen anda???