salam ramadhan !
Ramadhan kareem
jawabnya, Allahu akrom!
Tadabbur Quran kali ini :
Jauhi sombong!
Ada beberapa jenis kesombongan
Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya.
contoh-Bangga ada anak ramai, kereta besar, rumah mewah atau badan yang cantik.
Riak ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal.
contoh-Solat sunat untuk dikata alim, bersedekah untuk dikata dermawan.
Takbur berasal daripada perkataan bahasa arab ‘takabbara’ yang membawa maksud sombong.
Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkan takbur sebagai berperasaan tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dari orang lain.Paling mudah membesar-besarkan diri.
contoh-Tidak mahu menerima kebaikan dan nasihat 'alim ulama.
Sum’ah berasal daripada kata samma’a yang ertinya memperdengarkan. Memperdengarkan amal kepada manusia ertinya menampakkan amal yang sebelumnya dirahsiakan.
contoh- Bercerita tentang jumlah kekayaan yang dimiliki untuk dikagumi.
Sebuah analogi untuk sedar diri
Sesungguhnya merendah diri, bersifat tawaduk dan bersederhana tidak pernah merugikan.
Ayuh, rendahkan diri dengan banyak sujud kepada Allah,
menghormati seganp makhluk..
hentikan menuding jari tak tentu pasal..
Bangga muka cantik?
semuanya akan hilang ...
Bangga bertubuh langsing?
semuanya akan hilang..
Bangga memiliki populariti?
semuanya akan hilang..
Salam Ramadhan,
No comments:
Post a Comment
apa komen anda???