Pages

Wednesday, December 1, 2010

Cara Masak Telur Guna Handphone!


Assalamualaikum,

Telefon Bimbit merupakan satu keperluan pada zaman ini, jadi setiap orang pasti memiliki telefon bimbit.. Tapi tahukah anda selain kita boleh buat panggilan, sms, dan lain… kita juga boleh gunakan telefon bimbit untuk memasak! tidak kira lah model apa pun.. Lagi bagus kalau anda guna hanphone yang murah-murah cap ayam (hanpdhone tiruan) sebab kalau anda guna handphone tiruan kadar radiasi handphone lebih tinggi berbanding beli yang original, sebab yang original dia ada tapis sikit tahap radiasi dia, namun radiasi tetap ada jugak tak kira la ori ke tak.. yang penting boleh masak!





Berikut adalah cara-cara memasak telur guna handphone:


A very important message to everyone, please read it carefully.



1 Egg, 
 2 Mobiles 65 minutes of connection between mobiles. We assembled something as per image:




Pesanan penting kepada semua tolong baca dengan teliti. Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telur telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah:













Initiated the call between the two mobiles and allowed 65 minutes approximately. .. During the first 15 minutes nothing happened; 25 minutes later the egg started getting hot; 45 minutes later the egg is hot; 65 minutes later the egg is cooked.






Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:






15 minit – tiada apa yang berlaku.
25 minit – telur mulai panas.
45 minit – telur telah panas.
65 minit – telur telah masak.




Conclusion: The immidiate radiation of the mobiles has potential to modify the proteins of the egg. Imagine what it can do with the proteins of your brains when you do long calls.






Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.




P/S: ini bermakna telefon bimbit mempunyai radiasi, radiasi ini akan bertambah kuat lagi bila anda melakukan panggilan atau menerima panggilan. oleh itu, lagi lama anda bergayut lagi tinggi potensi untuk dapat penyakit. Antara penyakit yang paling best disebabkan radiasi handphone ialah Kanser Otak..





Jadi kepada anda semua, jangan la bergayut lama sangat, sayangi otak anda. Tapi bagaimana pula bagi lelaki yang letak handphone dalam poket seluar. Kalau ada satu handphone je mungkin setengah masak. Tapi kalau Ada 2 handphone pulak, satu letak poket sebelah kanan satu lagi belah kiri.. memang masak la. hehe..



kulit telur yang keras pun boleh dapat effect radiasi apatah lagi kulit manusia yang nipis ni..

perkara ini bagus pada Missnara sebab kalau kita tengah camping..bolehlah masak telur begini..Sebenarnya bukan sahaja handphone malah laptop dan komputer juga memberi radiasi.



p/s- Jangan meletakkan laptop di atas riba anda ketika menggunakannya kerana kajian mendapati ianya boleh menyebabkan kemandulan!!!

 

Saturday, October 30, 2010

Ada yang menunggu di Telaga Kautsar

Salam penuh kerinduan daripada Missnara yang rindu untuk bersohseh-sohseh dengan pembaca semua..

Baru-baru ini Missnara ada mendengar Tazkiroh..
Buat anak-anak dara di luar sana itu ya..
kita ni jangan tinggal majlis ilmu lebih dari 3 hari..
kalau tidak hati boleh mati..
(oouh..wow..khutbah gitue)

Pada hari akhirat nanti..sewaktu  manusia akan dihisab bagi menuju ke tempat masing-masing samaada syurga atau neraka mengikut amalan masing-masing..
di suatu sudut terdapat sebuah telaga yang dikenali Telaga Kautsar..(rujuk surah al-kautsar)
Telaga Kautsar ini terletak di antara syurga dan neraka.Kelihatan beberapa anak kecil sedang memegang beberapa cawan berisi air Telaga Kautsar tadi yang telah Allah janjikan kesegarannya dapat menghilangkan kepenatan setelah menunggu dihisab.Anak-anak kecil ini menunggu dan terus menunggu..tak kira lah berapa lama pun proses hisab berlaku..anak-anak kecil ini tetap akan menunggu dengan setia bersama cawan yang berisi air Telaga Kautsar tadi..

siapakah anak anak kecil ini?

mereka ialah anak-anak orang islam yang telah meninggal dunia sebelum mencapai umur baligh.janin belum sempurna yang gugur pun termasuk dalam anak-anak kecil ini..
mereka menunggu kehadiran ibu bapa mereka untuk diberi air telaga Kautsar tadi..
Ini adalah sebagai hadiah yang dijanjikan oleh Allah buat ibu bapa yang redha akan kematian anak-anak mereka..

kisah bersambung...
setelah habis proses hisab semua manusia dan jin telah pun menuju ke syurga atau neraka mengikut amalan masing-masing,tetapi masih kelihatan seorang anak kecil yang terus menunggu sambil menangis..bertanya malaikat kepada anak kecil itu..

malaikat: wahai sayang, kenapa masih belum masuk ke syurga?
anak kecil: ibuku belum datang lagi..

malaikat mengadukan hal ini kepada Allah dan allah memaklumkan bahawa ibu anak kecil itu berada di dalam neraka...

malaikat: wahai sayang, masuklah ke dalam syurga kerana ibumu sedang menjalani azab di dalam neraka allah atas perbuatannya..

mendengar kata-kata malaikat ,si anak kecil tadi berlari ke pintu neraka dan memanggil ibunya.Anak kecil tadi sambil menangis cuba memberikan minuman Telaga Kautsar tadi kepada ibunya tetapi ditepis oleh malaikat penjaga neraka..

Anak kecil ini terus menangis dan menangis memanggil ibunya sehinggalah Rasulullah s.a.w memujuk anak ini dan dia pun masuk ke dalam syurga..

Siapakah anak ini?

Anak kecil ini ialah anak yang telah dibuang oleh ibunya..setelah dia lahir..
Ibunya disiksa oleh Allah di dalam neraka akan perbuatan buruknya tetapi anak ini tetap setia menunggu kehadiran ibunya..



fikir-fikirkanlah..

Saturday, August 28, 2010

.: Antara Bidadari dan Penghuni Syurga :.

Adik Cuma Tanye Je Ibu


Pertama kali melihat video ini adalah di facebook kawan Missnara...memang ramai yang tersentuh dan marah,bukan sahaja perempuan malah lelaki pun lagi hebat marah..
satu soalan dari Missnara: ke mana hilangnya naluri keibuan yang sering melindungi dan menyayangi anaknya..??
jawab???

Friday, June 18, 2010

Awas perangkap kristian murtadkan anak gadis Melayu- Islam.

Suatu perkara yang Missnara rasa perlu diberi perhatian oleh anak-anak dara global sekalian..


Pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan “Dunia Hiburan” dan “Dunia Sukan” sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam.
Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis islam untuk dijadikan mangsa.

Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan Kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka Kristian serta diberi tunjuk ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis Melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. 
 
1-mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis Islam, sama ada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga.
 
2-mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis Islam ini.
 
“Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?”,


“Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak”,

“Saya tertarik dengan tingkah laku awak”.

“Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi”

 
3-Si gadis mula berasa kasihan dan ingin membantu si jejaka mengenali islam dankalah dengan "keikhlasan yang ditunjukkan"
 
4-Apabila si jejaka merasakan si gadis telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan  dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu “gentleman” sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persahabatan mereka, cubaan “ringan-ringan” pun tidak ada.
 
5-si gadis telah mula ada perasaan cinta,dan si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan”langkah sebenarnya” yang pertama. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis ternoda. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.
 
6- Perbuatan zina ini akan berlaku lebih daripada sekali kerana perangkap akan betul-betul mengena sekiranya si gadis hamil luar nikah.
 
7-Si jejaka kononnya akan bertanggungjawab diatas perbuatan mereka
 
“Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama”
 
 
8-Memanipulasi akidah si gadis.
“Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara.Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa.


Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak diluar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya.”

9-Penyelesaian secara Kristian.

“Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan di hadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam)yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita.”
 
 
10-Ketakutan dan kebuntuan yang melanda si gadis akan menyebabkannya kecundang ke tangan kristian.

 Ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) di pejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Missnara>>Adakala percintaan boleh menjerat ke arah kehinaan.Bagi Missnara anak-anak dara global perlulah lebih berhati-hati ketika menghadapi semua lelaki yang pernah hadir dalam hidup kita apatah lagi untuk satu perhubungan yang lebih serius.Fakta ini diperolehi daripada ceramah Dr.Rubiah Kulup Hamzah

Act Like A Lady,Think Like A Man


Tuhan telah menjadikan kita sebaik-baik makhluk yang diberi 1001 keistimewaan.
Kemudian kita dianugerahkan pula dengan keindahan hidup berpasangan.
Pernah anda fikir kenapa manusia difitrahkan berpasangan lelaki dan perempuan?
Sudah pasti ada rahsia kesempurnaan yang tersembunyi.

Buat anak-anak dara global hari ini,setitip pesanan daripada Missnara,
untuk kita memikirkan sedalamnya ungkapan ringkas ini,
"Act Like A Lady,Think Like A Man"
rasanya tidak salah jika kita cuba menjadikan ciri-ciri yang ada dalam kedua-dua jantina yang berbeza ini
dalam diri kita untuk meningkatkan potensi diri.

ACT LIKE A LADY

Wanita sinonim dengan ketelitian,kekemasan dan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu tugasan.
Biarpun dikurniakan cuma satu akal yang senipis rambut,wanita lebih rajin berbanding lelaki.
Lihat sahaja bagaimana wanita mengurus dirinya sendiri,penjagaan setiap inci tubuhnya lantaran fitrahnya yang amat mementingkan kecantikan.Bukan sahaja kesempurnaan diri dijaga dengan rapi malah penjagaan bilik yang lebih teratur,rumah yang terurus dan perhubungan sosial yang lebih luas.Fikirkan juga mengapa wanita dikurniakan tubuh badan yang lebih kompleks?
Mengapa wanita yang menghadapi tempoh datang bulan?Mengapa wanita yang akan hamil dan melahirkan anak?

Sudah pasti kerana mereka sangat teliti dan sanggup bersusah payah menjaga kecantikan tubuh badan,teliti menjaga kebersihan ketika datang bulan ,lebih sabar dan rela berkorban diri ketika melahirkan anak.Apatah lagi wanita sinonim dengan sikap mudah mengikut arahan yang ditetapkan ,bersungguh-sungguh dan sanggup berkorban melakukan apa sahaja untuk mencapai sesuatu perkara.

sikap rela dan sanggup berkorban bersungguh-sungguh ini terbukti apabila ramai anak dara yang sanggup melarikan diri mengikut kekasih meskipun dihimpit kemiskinan.Lihat sahaja bilanagan yang sanggup menjual diri untuk hidup mewah,memakai susuk untuk cantik dan berjaga malam ketika anak menangis.

THINK LIKE A MAN

Berbeza dengan lelaki yang cenderung berfikir panjang dan pantas.Pemikiran kaum Adam juga jarang dipengaruhi oleh emosi dan lebih tenang.Mereka jarang berfikir untuk perkara yang remeh-temeh berbanding wanita dan yakin dalam memutuskan sesuatu.Lihat sahaja lelaki suka mendiamkan diri dan berfikir jika menghadapi masalah."Pantang anak jantan dicabar"prinsip ini mungkin sudah cukup untuk melambangkan sikap mereka yang tidak mudah berputus asa dalam mencari resolusi.

Pemikiran lelaki juga lebih tertumpu ke arah strategi dan kemahiran.Lihat sahaja anak-anak teruna terutamanya gemar bermain video games untuk mengisi  masa lapang.Corak hidup lelaki yang gemar bermain sudah jelas menunjukkan gaya hidup mereka yang lebih kepada penyusunan strategi.Malah kalau dilakukan ujian tahap pemikiran dengan memberikan satu masalah yang rumit,lelaki cenderung menyelesaikannya dengan segera melalui cara yang ringkas berbanding wanita yang lebih suka menggunakan cara yang panjang.

KONSEP FITRAH PEMIMPIN DAN YANG DIPIMPIN


sebenarnya konsep ungkapan ACT LIKE A LADY ,THINK LIKE A MAN
merupakan pemahaman barat tentang fitrah wanita dan lelaki di dalam Al-Quran yang diterangkan bahawa lelaki adalah pemimpin ke atas kaum wanita.Lelaki lebih bijak dalam berikir dan merangka sesuatu sementara wanita lebih cemerlang dalam pelaksanaan sesuatu idea kerana ketelitian mereka yang lebih.Pemimpin lazimnya perlu lebih cermat dalam berfikir dan merangka strategi sementara anak buahnya ataupun pihak yang dipimpim lazimnya kurang biajk dalam berfikir namun rajin dan bersungguh-sungguh menyempurnakan sesuatu idea.Oleh itu hebat bukan aturan Allah bahawa lelaki merupakan pemimpin bagi wanita.

Missnara>>Bayangkan sekiranya anak-anak dara global sekarang perlu lebih bijak berfikir dan terus teliti dalam bertindak.Missnara yakin wanita hari ini lebih terpelihara dan berjaya.Boleh dapatkan sinopsis lanjut buku ini di laman web:

Wednesday, June 9, 2010

Kisah malang gadis Qatif


Ketujuh-tujuh perogolnya hanya didapati bersalah kerana menculik manakala dia pula dihukum 200 sebatan.


Menurut undang-undang Arab Saudi, seorang wanita tidak boleh memandu kereta atau bersendirian di dalam kereta yang sama dengan lelaki yang bukan muhrim.

Disebabkan itu, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang hanya dikenali sebagai Gadis Qatif (nama berdasarkan tempat kejadian) dijatuhi hukuman 90 sebatan, biarpun dia merupakan mangsa rogol bergilir-gilir tujuh lelaki.

Hukuman itu kemudiannya digandakan kepada 200 sebatan dengan enam bulan penjara atas dakwaan dia cuba mempengaruhi keputusan juri apabila tampil membuat pendedahan tentang pengalamannya kepada media.

Ketujuh-tujuh lelaki tersebut dijatuhkan hukuman penjara antara dua hingga sembilan tahun atas dakwaan menculik. Bagaimanapun pihak pendakwa gagal membuktikan Gadis Qatif dirogol setelah hakim mengabaikan bukti rakaman video dalam telefon bimbit penyerang.

Kisah hitam itu sebenarnya bermula apabila Gadis Qatif bertemu dengan bekas kekasihnya untuk meminta semula gambar yang pernah diberikan memandangkan dia sudah berkahwin dengan lelaki lain pada tahun 2006.

“Ketika kejadian saya berumur 18 tahun dan pernah mempunyai hubungan dengan seorang lelaki. Saya tidak pernah berjumpa dengannya sebelum ini.

“Saya hanya mengenalinya melalui suaranya. Dia meminta gambar saya tetapi saya menolak.

“Selepas itu dia mula mengugut untuk memberitahu keluarga saya tentang hubungan kami dan saya menjadi takut. Jadi saya bersetuju untuk memberinya gambar saya,” cerita Gadis Qatif.

Beberapa bulan kemudian, Gadis Qatif meminta gambar itu semula kerana dia sudah bernikah dengan lelaki lain tetapi lelaki berkenaan enggan memulangkannya.

“Kata lelaki itu, ‘Saya akan kembalikan gambar ini dengan syarat awak bertemu saya di dalam kereta saya’,” sambungnya.

Mereka bertemu di sebuah pasar berdekatan plaza di Qatif. Selepas itu, lelaki tersebut memandu untuk menghantarnya pulang. Rumah Gadis Qatif cuma 15 minit dari situ.


Diperkosa di ladang kurma

Namun ketika memasuki satu selekoh, sebuah kereta berhenti di depan kereta mereka. Dua lelaki keluar, salah seorang daripadanya memegang sebilah pisau. Lelaki itu cuba membuka pintu di tempat Gadis Qatif duduk.

Walaupun Gadis Qatif memberitahu bekas kekasihnya supaya tidak membuka pintu, dia tetap membukanya.

“Saya diacukan pisau ke leher dan diarahkan supaya tidak membuat bising. Mereka menolak kami ke tempat duduk belakang dan mula memandu.

“Mereka membawa kami ke sebuah kawasan yang dikelilingi pokok kurma. Tidak ada sesiapa pun di situ. Jika anda membunuh orang pun di situ tidak ada sesiapa yang akan tahu.

“Mereka membawa saya ke sebuah bilik yang gelap dan meyuruh saya membuka pakaian ‘abaya’ saya.

“Lelaki yang memegang pisau tadi memperkosa saya. Kehidupan saya hancur. Jika saya cuba melepaskan diri sekalipun, saya tidak tahu ke mana hendak dituju.

“Saya cuba sedaya upaya untuk melawan mereka tetapi tidak berdaya. Seorang lagi lelaki masuk dan melakukan perkara yang sama terhadap saya. Selepas itu saya sudah tidak berasa apa-apa.

“Dua jam saya merayu kepada mereka supaya menghantar saya pulang. Kemudian lelaki ketiga pula masuk. Saya diperlakukan dengan amat kasar. Lelaki keempat masuk selepas itu. Dia menampar dan mencekik saya.

“Lelaki kelima dan keenam paling kejam. Selepas lelaki ketujuh, seluruh tubuh saya terasa kebas. Seorang lelaki yang sangat gemuk menindih saya.

“Saya tidak dapat bernafas. Kemudian ketujuh-tujuh lelaki tadi datang semula dan memperkosa saya sekali lagi sebelum mereka menghantar saya balik ke rumah.

“Saya tidak dapat berjalan langsung selepas keluar dari kereta mereka.

“Saya tidak makan selama seminggu selepas itu, hanya minum air. Saya juga tidak memberitahu sesiapa.

“Tetapi ketujuh-tujuh perogol itu mula bercerita dengan orang kampung. Mereka menyangka suami saya akan menceraikan saya dengan cerita itu.

“Mereka mahu merosakkan nama baik saya. Akhirnya suami saya mengetahui kejadian itu. Abang saya memukul dan cuba membunuh saya,” akui Gadis Qatif dalam satu kenyataan terbuka.



Pengampunan Raja Abdullah


Kenyataan secara terbuka itulah yang dikatakan telah mempengaruhi mahkamah Arab Saudi untuk menggandakan hukuman ke atas wanita malang itu.

Bekas teman lelakinya juga dijatuhkan hukuman 90 sebatan kerana berdua-duaan dengan Gadis Qatif di tempat terlindung.

Kes kontroversi ini telah ditenangkan pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah yang mengampunkan Gadis Qatif.

Suami mangsa menerima berita itu dengan baik. “Saya gembira, begitu juga isteri saya dan ia pastinya dapat membantu mengurangkan penderitaan psikologi dan sosial yang dialami.


“Kami berterima kasih kepada Raja Abdullah kerana perhatian dan kasihnya.”

Missnara>>>
Islam mengangkat wanita setinggi - tinggi martabat,sesiapa yang menganiayai wanita samalah seperti menganiayai islam.Mencintai wanita adalah sunnah rasulullah s.a.w,menghina mereka buknkah seperti  melanggar sunnah nabi..Melanggar sunnah nabi layakkah dikatakan ummat yang akan mendapat syafaat baginda???
 
cerita ini pernah Missnara baca di sebuah akhbar Tabloid tempatan dan masih lagi Missnara menyimpan artikelnya..Pertama kali baca membuatkan Missnara rasa nak goreng aja perogol-perogol tu...!!!!

wANITA SUKA bERINVERSI...

Wanita memiliki sudut hati yang sensitif dan penuh dengan rahsia..Jadi mereka perlu difahami dan dihargai sebaiknya..Sekadar hiburan dan kenyataan tentang wanita??
Ayat Tersirat Perempuan...


Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?


Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!


Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.


Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.


Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.


Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?


Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.


Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.


Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.


Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.

Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu





Missnara>>Kadang-kadang hidup kenalah'berbunga-bunga'..terus-terang belum cukup baik untuk beberapa situasi..

Perbezaan otak lelaki dan Perempuan

PERBEZAAN OTAK LELAKI NGAN OTAK PEREMPUAN


Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantarakeunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang
menarik untuk dicuba bersama.....



Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri



Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:





FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!













































































OK?
berapa banyak?




tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)
baca sekali lagi!



FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS



Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..
Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...


otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".
Keajaiban kejadian atau silap mata?



Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN



Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana kebenaran perkara ini.."

Missnara>>Otak lelaki tidak suka memikirkan perkara-perkara yang remeh tidak seperti perempuan yang begitu teliti dan ambil berat akan sesuatu meskipun tak penting.Melalui ujian di atas sebab itulah lelaki tidak mengira perkataan 'of ' kerana mereka mengira secara rawak.

Missnara>>kira huruf 'f' dapat empat je..camna??otak antara lelaki dan perempuan...

Allah tak bagi couple..

Hamba Allah:Ustazah,kenapa tak boleh couple?Bukannya apa-apa pun..nanti kahwin lah...
Ustazah:Adakah semua yang bercouple itu akan menuju kepada perkahwinan...?
Firman Allah,
"Janganlah kamu mendekati zina,Sesungguhnya zina itu adalah salah satu daripada jalan yang jahat.."
Hamba Allah: Eh mana ada berzina,ustazah...kami tak buat apa-apa..
Ustazah:Ya memang tak 'buat apa-apa' tapi berpotensi untuk 'berbuat apa-apa'..Bercouple adalah cabang zina dan mendorong insan ke arah itu...
1) seronok (dpt fitnah)

2) seronok (dpt dosa)

3) seronok (dpt geng dgn syaitan)

4) dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada)

5) byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..

6) byk risau (takut pakwe kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..) >>takut mati tyme dating..

7)byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)

8) lebih mengutamakan pakwe drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan pakwe dia.. lain dah tak kisah..) >>pergi lombok pun sanggup..

9) menepati masa dan janji (takut pakwe marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak... )
>>lupa tuhan punya marah lagi power!!

10) lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA..



hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian terdapat beberapa sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;

1) byk sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dhn syarak.

2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak.. nauzubillah.. pd pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... so tak pe la.. dosa pun sikit jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. saya bab ni yg payah nak jawab.. ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak buat tu memang mcm2 helah. kita nasihat kot sini dia corner kot lain. byk bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar le..

3) sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. hasil drpd didikan/pentarbiyahan islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata "tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le" . betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan...

4) bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang pd lelaki2 utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL (kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu.., lelaki apa lagi.. ada chance ni..

5) ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend.. mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek..

6) ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan dlm jiwa ... lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek. faktor sekeliling memperngaruhu suasana.

7) lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab tackle/meng'ayat' awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat...

8) haaa... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle', awek tu pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pd kaum adam pula, jgn le dok perasan cepat sgt..

9) ada kaitan dgn fakta ke-8... perempuan cepat sangat kesian bila tgk lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment ke sbg contoh. bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit jer dgn mudah perempuan tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu...

10) fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke sebelum berjanji utk hidup semati...



alhamdulillah niat bagus... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, sbgmana hadis Rasulullah yg bermaksud:

Drpd Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W "sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya... " (Mutfaq'alaih)



1-sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah melainkan ditemani mahramnya... .
2-cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan dan bukannya kerana hawa nafsu...


Missnara>>Nauzubillahi min zalik...kepada anak-anak dara di luar sana janganlah kita menjadi 'penagih' cinta kerana kita sendiri sudah cukup disayangi oleh tuhan..Tuhan itu tahu bisikan hati setiap insan..tuhan tidak akan mempersia-siakan hambanya yang berjuang melawan nafsu...pastiDia akan memberi yang lebih baik untuk kita semua... 

Wallahu'alam... .

Lelaki pun cerewet..

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.



2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.



3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.



4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.



5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.



6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..



7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.



8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.



9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.



10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar


Missnara>>>"Teman" yang  ikhlas yang mencintai kelebihan dan menerima kekurangan seadanya...
                    " Teman" yang sejati menghargai segala kelebihan dan menyempurnakan segala kekurangan..
                     Biar sama-sama saling melengkapi..

Rahsia Tulisan



Pertama : Tekanan


i. Tekanan yang kuat

Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.

· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif


ii. Tekanan yang ringan

Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.

· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit


Kedua : Bentuk Tulisan


i. Tulisan yang bulat-bulat

Semua huruf ditulis dengan bulat

· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)



ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper

Tulisan yang angular dan sharp

· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)



Ketiga : Kecondongan


i. Condong ke kanan

· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah



ii. Condong ke kiri

· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang



iii. Tegak

· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah



iv. Campur-campur

· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)





Keempat : Kerapatan


i. Jarang-jarang

· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.


ii. Rapat-rapat

· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut



Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z



i. Ada ekor

a) Besar, panjang dan sempurna

· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan


b) Kecil, pendek dan tak sempurna

· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri



Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)


i. Tinggi

· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah

· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah

· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana



Missnara>>>
Tulisan mencerminkan peribadi...
Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi
dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup...




sumber:Kajian Dr Fadzillah Kamsah

Thursday, March 18, 2010

Anda Pro-duit???

Wanita seringkali dilabelkan sebagai boros dan tidak bijak berbelanja..
betul ke???
Apapun menurut kajian oleh sebuah pusat kajian kekeluargaan di Barat,wanita lebih pandai berjimat berbanding lelaki namun kurang bijak berbelanja..
Hmmmm...memanglah Missnara rasa fakta ini ada betulnya...
keinginan wanita itu lebih kepada kebendaan seperti inginkan pakaian,aksesori dan beg..
Apatah lagi fitrah wanita yang mengutamakan kecantikan.Maka sudah pasti setiap item yang dibeli perlu kelihatan cantik walaupun mahal.Perbelanjaan wanita lebih terarah kepada kecantikan dan kepuasan diri.
Kaum Adam juga tidak perlu memandang jelik terhadap perkara ini kerana kaum Adam sememangnya lebih bijak berbelanja kerana keinginan mereka lebih terarah kepada wanita dan seks.

Adakah semua wanita tidak bijak berbelanja..???

Missnara sendiri agak boros berbelanja..tetapi Missnara ada cara sendiri dalam menguruskan duit..
Mula-mula bahagikan duit kepada tiga bahagian..

FORMULA PERBELANJAAN

1-KEPERLUAN
2-KEHENDAK
3-TA BUNGAN

Ketiga-tiga perkara ini tidak boleh dilupakan.
Keperluan perlu kerana kita tidak boleh hidup dengan sempurna tanpa keperluan yang sepatutnya.
kehendak perlu kerana Missnara faham sangat susah untuk menahan kehendak hati dalam mendapatkan sesuatu.
Tabungan perlu untuk kita pada masa akan datang dan pada waktu-waktu kecemasan.

50% untuk keperluan
30% untuk kehendak
20%untuk tabungan

Contohnya Missnara ada RM 50
Missnara akan gunakan formula di atas dan perbelanjaan Missnara akan menjadi:

Keperluan>>RM 25
Kehendak>>RM 15
Tabungan>>RM 10

Formula perbelanjaan boleh diubah mengikut perbelanjaan semasa,
Andaikata kita ada duit lebih maka kita boleh memperbanyakkan peratusan untuk tabungan ataupun kehendak.

Andaikata pula kita kesuntukan duit,kita boleh mengecilkan peratusan tabunagan dan kehendak kita.
Tetapi seboleh-bolehnya kita memastikan kita tetap memperuntukan peratusan meskipun dengan peratusan yang kecil dalam ketiga-tiga perkara.1 % juga sudah cukup memadai.Apatah lagi untuk tabungan.Bijak mengatur kewangan bermakna anda boleh memenuhi keperluan dan mendapatkan kehendak anda selain menyimpan untuk tabungan anda.

Missnara>>>Mudah-mudahan ramai wanita lebih berhemah berbelanja dan buktikan wanita juga mampu untuk menguasai wang.Ingatlah bukan wang menguasai kita tetapi kita yang menguasai kita.




CANTIK guna TOMATO..





TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.


Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.


Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.


Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.

Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.


Minggu ini apa kata cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.


Mengecilkan liang roma


Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.


Merawat jerawat


Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.


Membersihkan kulit muka


Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.


Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.


Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.


Menyejukkan kulit yang rosak

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.

Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.


Missnara>>>penggunaan sumber alam adalah lebih selamat dan mampu memberikan kesan jangka masa panjang meskipun hasilnya agal lambat berbanding krim berasaskan kimia..




Saturday, January 30, 2010

pandangan dari seorang jejaka....

Cerita ni peringatan untuk kawan lelaki je, tapi orang pompuan take

note... ... hehehehe Jom kita tengok benda-benda yang selama ini
menjadi rahsia yang terperam buat orang perempuan. Ini bukan
mengumpat, tapi kenyataan... .. jadi bagi lelaki haruslah fahami
hakikat bahawa perempuan itu... ... Salah satu kegemaran orang
perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan
salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!


Menurut satu kajian; kebanyakan wanita akan berkata,tengok anak
teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan
lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita! Selangkah
lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi
tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan
bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran! Wanita memang
pemurah... sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping
complex tiap-tiap minggu!


Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia
tak tahu... tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali
pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi
dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, merah
sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!


Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri
adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus
punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami.

Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya
dan tauke shopping complexnya! Binatang yang suka berlenggang dan
tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia
yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa
saja ialah per... per... !


Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up
dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make
up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini
Yang suka sangat buang duit beli alat make up!


Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga
kali sebelum ke tempat kerja,enam kali semasa kerja dan tiga kali
pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah
jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan
buat kerja tak berfaedah - tengok muka sendiri!Menurut satu kajian,
jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda
dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah
rabun sebab mereka memang mudah rambang mata. Tempat yang selalu
menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam,
pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita
memang suka menghabiskan duit.


Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan
kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah! Orang
perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang-kurangnya
lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama
beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan
hati!Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama
dalam hal berbelanja.

Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan tapi mereka
jarang benar keluar belanja kawan makan! Menurut satu perangkaan,
orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai
umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini
adalah kesan kuat bercakap ketika muda.


Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa mengibaskan
kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang
boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai...
Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang.
Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh
Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang.s


p/s Missnara ada jawapan untuk sang jejaka...ketahuilah...wanita itu adakalnya lebih berkuasa...

Saturday, January 16, 2010

BASAHKAN GUSI......

PERKAHWINAN

Saat indah awal perkahwinan. ....


Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama...

Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?


Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!

Dara : Apakah kau mencintaiku?


Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!

Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?


Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!

Dara : Mahukah kau menciumku?


Teruna : Ya !

Dara : Sayangku.... .!



Lepas 25 tahun perkahwinan

Sekarang Korang baca dari BAWAH KEATAS pulak......





ELEKTRIK....


Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.



Ceritanya… . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.


“Ele..trick aje tu… ele..trick aje… ele trick!”. ( Bermaksud tipu )


Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa “ele..trick” . Jadi digunakanlah perkataan “ELE..TRICK” yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang




RAMALAN


Suatu hari, diadakan satu pertandingan Meramal Masa Depan peringkat negara. Pemenangnya ditetukan melalui cara berapa jauh kedepan dia boleh ramalkan.


Peserta Thailand : " Ramalan saya ialah, pada tahun 2013 nanti, Pulau Phuket akan hilang dari muka bumi ini akibat bencana alam".


Peserta Jepun : "Ramalan saya ialah 2016 nanti, Jepun akan diserang Tsunami yang dasyat, tapi negara kami terselamat kerana telah menciptakan alat yang boleh membuatkan negara kami terbang.".

Peserta Malaysia : "saya meramalkan lebih jauh dari semua peramal yang ada disini, setelah semua yang diramalkan itu terjadi, terjadi dua perkara penting iatu Malaysia akan menjadi juara FIFA Wolrd Cup dan dua tahun selepas itu dunia akan kiamat".


Kerana terkejut dengan ramalan peserta dari Malaysia, Juri terus bertanya "Adakah ramalan itu betul?"

Dengan tenang, Peserta dari Malaysia menjawab "Betul. Kiamat akan terjadi pada tahun 2500"

Dengan spontan juri itu berkata "itu tidak mungkin",

dengan tenang lagi, peramal Malaysia menjawab "kita tunggu dan lihat saja nanti".




Lawak DUN (Dewan Undangan Negeri)


DUN yg paling sejuk . DUN Batu Berendam

DUN yg paling tak de rasa . DUN Air Tawar

DUN yg paling panas , DUN Pedas.

DUN yg paling miskin . DUN Sekupang

DUN yg paling muda , DUN Sri Muda

DUN yg paling lemah , DUN Batang Berjuntai

DUN yg paling basah , DUN Sg Besar

DUN yg kuat makan satay , DUN Kajang

DUN yg banyak hantu , DUN Pucong

DUN yg ada istana , DUN Kota Raja.

DUN yg banyak ikan , DUN Tg Sepat

DUN yg paling keras , DUN Batu Tiga.

DUN paling pendalaman , DUN Hulu Klang

DUN banyak air , DUN Ampangan

DUN banyak penganas . DUN Kuala Kubu.

DUN paling takde kemajuan , DUN Gurun

DUN paling bahaya , DUN Baling.

DUN banyak semut . DUN Kota Sarang Semut.

DUN paling pelik , DUN Sg Ada Burung

DUN ada binatang , DUN Kijang

DUN paling wangi ,DUN Pokok Sena

DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
 
 
 
Teka-Teki Burger


Soalan: Siapa yg mulamula buat burger? Org Melayu ke Org Putih?

Jawapan: Org Melayu le, kite yg mula-mul buat Burger Dale (Begedil)


Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg sekejap kat sini sekejap kat sana?

Jawapan: Burger Rack (Bergerak)


Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa kalau kau pegang nanti melekat2?

Jawapan: Burger Tar (Bergetah)


Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh didengar?

Jawapan: Burger Ma (Bergema)


Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh mencederakan?

Jawapan: Burger Load (Bergelut)


Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh buat kau macam nak jatuh?

Jawapan: Burger Gar (Bergegar)


Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg buat kite ketawe?

Jawapan: Burger Luck (Bergelak)

JANJI SEORANG KHALIFAH!!!


Kau insan terpilih,
kau tercipta dari kasih sayang,
dari kemulian oleh tuhan,
seketul daging bertitiskan air yang hina,
kau dilahirkan bersama amanah,
waktu mematangkan segalanya,
tanpa angkara kau merasai wujudnya diri,
dari kehinaan kau diangkat setinggi-tinggi martabat,
saat ingin ditiupkan roh,kau berjanji tanda syukur,
seampuh kudrat kau mengangkat sumpah,
Wahai tuhan,
akan ku mengabdi setulus hati,
akan ku jadi khalifah beriman,
akan kusemarakkan alam dengan warna jihad,
Lantas janji kau pegang,
terpatri bukan sekadar lafaz,
dan saat kau ke dunia,
tangan kau genggam,
tak tertanggung beratnya amanah dan janji,
tangisan kau hambur,
tanda kesyukuran tak terungkap,
Lalu,bertatih-tatih kau melayari kehidupan,
dengan penuh azam dan tekad,
sampai kau dapat berlari,
berteman mimpi dan sepi,
impian dan khayalan,
Tapi kau lupa pada janji,
Kau leraikan genggaman amanah yang lalu,
satu-satu yang suci kau nodai,
satu-satu yang jahil kau teladani,
satu-satu yang hitam kau warnai,
kau bangga menjadi insan terpilih,memang kaulah manusia,
kaulah insan yang sering terlupa,
kau lupa asal usul kejadianmu,
kau lupa pada janji dan sumpah pada tuhanmu,sampai saatnya nanti,
kau sendiri akan menjadi saksi,
pada kelahiran-kelahiran yang akan datang,
janji tetap janji,
kau akan ditanya bila tiba masanya,
kemana kau kotakan janji itu?
saat pertemuan dengan tuhanmu.....