Pages

Friday, June 18, 2010

Act Like A Lady,Think Like A Man


Tuhan telah menjadikan kita sebaik-baik makhluk yang diberi 1001 keistimewaan.
Kemudian kita dianugerahkan pula dengan keindahan hidup berpasangan.
Pernah anda fikir kenapa manusia difitrahkan berpasangan lelaki dan perempuan?
Sudah pasti ada rahsia kesempurnaan yang tersembunyi.

Buat anak-anak dara global hari ini,setitip pesanan daripada Missnara,
untuk kita memikirkan sedalamnya ungkapan ringkas ini,
"Act Like A Lady,Think Like A Man"
rasanya tidak salah jika kita cuba menjadikan ciri-ciri yang ada dalam kedua-dua jantina yang berbeza ini
dalam diri kita untuk meningkatkan potensi diri.

ACT LIKE A LADY

Wanita sinonim dengan ketelitian,kekemasan dan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu tugasan.
Biarpun dikurniakan cuma satu akal yang senipis rambut,wanita lebih rajin berbanding lelaki.
Lihat sahaja bagaimana wanita mengurus dirinya sendiri,penjagaan setiap inci tubuhnya lantaran fitrahnya yang amat mementingkan kecantikan.Bukan sahaja kesempurnaan diri dijaga dengan rapi malah penjagaan bilik yang lebih teratur,rumah yang terurus dan perhubungan sosial yang lebih luas.Fikirkan juga mengapa wanita dikurniakan tubuh badan yang lebih kompleks?
Mengapa wanita yang menghadapi tempoh datang bulan?Mengapa wanita yang akan hamil dan melahirkan anak?

Sudah pasti kerana mereka sangat teliti dan sanggup bersusah payah menjaga kecantikan tubuh badan,teliti menjaga kebersihan ketika datang bulan ,lebih sabar dan rela berkorban diri ketika melahirkan anak.Apatah lagi wanita sinonim dengan sikap mudah mengikut arahan yang ditetapkan ,bersungguh-sungguh dan sanggup berkorban melakukan apa sahaja untuk mencapai sesuatu perkara.

sikap rela dan sanggup berkorban bersungguh-sungguh ini terbukti apabila ramai anak dara yang sanggup melarikan diri mengikut kekasih meskipun dihimpit kemiskinan.Lihat sahaja bilanagan yang sanggup menjual diri untuk hidup mewah,memakai susuk untuk cantik dan berjaga malam ketika anak menangis.

THINK LIKE A MAN

Berbeza dengan lelaki yang cenderung berfikir panjang dan pantas.Pemikiran kaum Adam juga jarang dipengaruhi oleh emosi dan lebih tenang.Mereka jarang berfikir untuk perkara yang remeh-temeh berbanding wanita dan yakin dalam memutuskan sesuatu.Lihat sahaja lelaki suka mendiamkan diri dan berfikir jika menghadapi masalah."Pantang anak jantan dicabar"prinsip ini mungkin sudah cukup untuk melambangkan sikap mereka yang tidak mudah berputus asa dalam mencari resolusi.

Pemikiran lelaki juga lebih tertumpu ke arah strategi dan kemahiran.Lihat sahaja anak-anak teruna terutamanya gemar bermain video games untuk mengisi  masa lapang.Corak hidup lelaki yang gemar bermain sudah jelas menunjukkan gaya hidup mereka yang lebih kepada penyusunan strategi.Malah kalau dilakukan ujian tahap pemikiran dengan memberikan satu masalah yang rumit,lelaki cenderung menyelesaikannya dengan segera melalui cara yang ringkas berbanding wanita yang lebih suka menggunakan cara yang panjang.

KONSEP FITRAH PEMIMPIN DAN YANG DIPIMPIN


sebenarnya konsep ungkapan ACT LIKE A LADY ,THINK LIKE A MAN
merupakan pemahaman barat tentang fitrah wanita dan lelaki di dalam Al-Quran yang diterangkan bahawa lelaki adalah pemimpin ke atas kaum wanita.Lelaki lebih bijak dalam berikir dan merangka sesuatu sementara wanita lebih cemerlang dalam pelaksanaan sesuatu idea kerana ketelitian mereka yang lebih.Pemimpin lazimnya perlu lebih cermat dalam berfikir dan merangka strategi sementara anak buahnya ataupun pihak yang dipimpim lazimnya kurang biajk dalam berfikir namun rajin dan bersungguh-sungguh menyempurnakan sesuatu idea.Oleh itu hebat bukan aturan Allah bahawa lelaki merupakan pemimpin bagi wanita.

Missnara>>Bayangkan sekiranya anak-anak dara global sekarang perlu lebih bijak berfikir dan terus teliti dalam bertindak.Missnara yakin wanita hari ini lebih terpelihara dan berjaya.Boleh dapatkan sinopsis lanjut buku ini di laman web:

No comments:

Post a Comment

apa komen anda???