betul ke???
Apapun menurut kajian oleh sebuah pusat kajian kekeluargaan di Barat,wanita lebih pandai berjimat berbanding lelaki namun kurang bijak berbelanja..
Hmmmm...memanglah Missnara rasa fakta ini ada betulnya...
keinginan wanita itu lebih kepada kebendaan seperti inginkan pakaian,aksesori dan beg..
Apatah lagi fitrah wanita yang mengutamakan kecantikan.Maka sudah pasti setiap item yang dibeli perlu kelihatan cantik walaupun mahal.Perbelanjaan wanita lebih terarah kepada kecantikan dan kepuasan diri.
Kaum Adam juga tidak perlu memandang jelik terhadap perkara ini kerana kaum Adam sememangnya lebih bijak berbelanja kerana keinginan mereka lebih terarah kepada wanita dan seks.
Adakah semua wanita tidak bijak berbelanja..???
Missnara sendiri agak boros berbelanja..tetapi Missnara ada cara sendiri dalam menguruskan duit..
Mula-mula bahagikan duit kepada tiga bahagian..
FORMULA PERBELANJAAN
1-KEPERLUAN
2-KEHENDAK
3-TA BUNGAN
Ketiga-tiga perkara ini tidak boleh dilupakan.
Keperluan perlu kerana kita tidak boleh hidup dengan sempurna tanpa keperluan yang sepatutnya.
kehendak perlu kerana Missnara faham sangat susah untuk menahan kehendak hati dalam mendapatkan sesuatu.
Tabungan perlu untuk kita pada masa akan datang dan pada waktu-waktu kecemasan.
50% untuk keperluan
30% untuk kehendak
20%untuk tabungan
Contohnya Missnara ada RM 50
Missnara akan gunakan formula di atas dan perbelanjaan Missnara akan menjadi:
Keperluan>>RM 25
Kehendak>>RM 15
Tabungan>>RM 10
Formula perbelanjaan boleh diubah mengikut perbelanjaan semasa,
Andaikata kita ada duit lebih maka kita boleh memperbanyakkan peratusan untuk tabungan ataupun kehendak.
Andaikata pula kita kesuntukan duit,kita boleh mengecilkan peratusan tabunagan dan kehendak kita.
Tetapi seboleh-bolehnya kita memastikan kita tetap memperuntukan peratusan meskipun dengan peratusan yang kecil dalam ketiga-tiga perkara.1 % juga sudah cukup memadai.Apatah lagi untuk tabungan.Bijak mengatur kewangan bermakna anda boleh memenuhi keperluan dan mendapatkan kehendak anda selain menyimpan untuk tabungan anda.
Missnara>>>Mudah-mudahan ramai wanita lebih berhemah berbelanja dan buktikan wanita juga mampu untuk menguasai wang.Ingatlah bukan wang menguasai kita tetapi kita yang menguasai kita.
No comments:
Post a Comment
apa komen anda???