Pages

Saturday, January 16, 2010

BASAHKAN GUSI......

PERKAHWINAN

Saat indah awal perkahwinan. ....


Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama...

Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?


Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!

Dara : Apakah kau mencintaiku?


Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!

Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?


Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!

Dara : Mahukah kau menciumku?


Teruna : Ya !

Dara : Sayangku.... .!



Lepas 25 tahun perkahwinan

Sekarang Korang baca dari BAWAH KEATAS pulak......





ELEKTRIK....


Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.



Ceritanya… . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.


“Ele..trick aje tu… ele..trick aje… ele trick!”. ( Bermaksud tipu )


Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa “ele..trick” . Jadi digunakanlah perkataan “ELE..TRICK” yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang




RAMALAN


Suatu hari, diadakan satu pertandingan Meramal Masa Depan peringkat negara. Pemenangnya ditetukan melalui cara berapa jauh kedepan dia boleh ramalkan.


Peserta Thailand : " Ramalan saya ialah, pada tahun 2013 nanti, Pulau Phuket akan hilang dari muka bumi ini akibat bencana alam".


Peserta Jepun : "Ramalan saya ialah 2016 nanti, Jepun akan diserang Tsunami yang dasyat, tapi negara kami terselamat kerana telah menciptakan alat yang boleh membuatkan negara kami terbang.".

Peserta Malaysia : "saya meramalkan lebih jauh dari semua peramal yang ada disini, setelah semua yang diramalkan itu terjadi, terjadi dua perkara penting iatu Malaysia akan menjadi juara FIFA Wolrd Cup dan dua tahun selepas itu dunia akan kiamat".


Kerana terkejut dengan ramalan peserta dari Malaysia, Juri terus bertanya "Adakah ramalan itu betul?"

Dengan tenang, Peserta dari Malaysia menjawab "Betul. Kiamat akan terjadi pada tahun 2500"

Dengan spontan juri itu berkata "itu tidak mungkin",

dengan tenang lagi, peramal Malaysia menjawab "kita tunggu dan lihat saja nanti".




Lawak DUN (Dewan Undangan Negeri)


DUN yg paling sejuk . DUN Batu Berendam

DUN yg paling tak de rasa . DUN Air Tawar

DUN yg paling panas , DUN Pedas.

DUN yg paling miskin . DUN Sekupang

DUN yg paling muda , DUN Sri Muda

DUN yg paling lemah , DUN Batang Berjuntai

DUN yg paling basah , DUN Sg Besar

DUN yg kuat makan satay , DUN Kajang

DUN yg banyak hantu , DUN Pucong

DUN yg ada istana , DUN Kota Raja.

DUN yg banyak ikan , DUN Tg Sepat

DUN yg paling keras , DUN Batu Tiga.

DUN paling pendalaman , DUN Hulu Klang

DUN banyak air , DUN Ampangan

DUN banyak penganas . DUN Kuala Kubu.

DUN paling takde kemajuan , DUN Gurun

DUN paling bahaya , DUN Baling.

DUN banyak semut . DUN Kota Sarang Semut.

DUN paling pelik , DUN Sg Ada Burung

DUN ada binatang , DUN Kijang

DUN paling wangi ,DUN Pokok Sena

DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
 
 
 
Teka-Teki Burger


Soalan: Siapa yg mulamula buat burger? Org Melayu ke Org Putih?

Jawapan: Org Melayu le, kite yg mula-mul buat Burger Dale (Begedil)


Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg sekejap kat sini sekejap kat sana?

Jawapan: Burger Rack (Bergerak)


Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa kalau kau pegang nanti melekat2?

Jawapan: Burger Tar (Bergetah)


Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh didengar?

Jawapan: Burger Ma (Bergema)


Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh mencederakan?

Jawapan: Burger Load (Bergelut)


Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh buat kau macam nak jatuh?

Jawapan: Burger Gar (Bergegar)


Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg buat kite ketawe?

Jawapan: Burger Luck (Bergelak)

No comments:

Post a Comment

apa komen anda???