Pages

Thursday, July 25, 2013

Tips menarik tentang tembikai


Berapa ramai yang tahu tembikai salah satu makanan sunnah ?


Daripada Aisyah Radhiallahu anhu berkata: 
"Rasulullah s.a.w makan tembikai dengan kurma muda.Lalu baginda bersabda: "Kita mengurangkan kepanasan (kurma muda) dengan sejuknya ini (tembikai).Dan sejuknya ini (tembikai)dengan panasnya ini (kurma muda)."

(Riwayat Abu Daud No.3838)

Missnara pernah baca hadis ini di dalam sebuah buku tulisan dan kajian Dr Danial Zainal Abidin.Kurma muda yang dimaksudkan ialah kurma yang baru dipetik dari pokok kurma basah.Wallahu'alam


Meh Missnara nak kongsikan tips membeli tembikai !

Dulu Missnara pernah shopping barang dapur dan nampak seorang pakcik ni, beli tembikai satu troli ! Cara pakcik ni pilih tembikai dengan cara dia tepuk-tepuk tembikai tu dan dengar kelangsingan bunyi .Ya Allah ni dah kategori pro ni..Rasa tembikai juga ditentukan oleh warnanya. Setuju?


"Makanlah tembikai kerana di dalamnya ada banyak kebaikan.Ia makanan, minuman,perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambah air tulang belakang,menghindarkan sejuk dan membersihkan kulit" ~Ibnu Abbas




Missnara terjumpa satu cara bijak para ibu nak tarik anak mereka beajar makan buah tembikai.Sungguh kreatif! Walaupun still single lagi tapi seronok je nak belajar ilmu keibu bapaan ni .. opps!


Di luar negara mereka panggil menu di bawah sebagai kebab. Missnara pun tak tahu kenapa? tapi kreatif !



Walaubagaimanapun mesti ada juga puak-puak manusia yang tak gemar dengan tembikai ni.Katanya berair dan kitapun asyik nak ke bilik air je.Itulah yang bagus merangsang kita nak buang air.Barulah toksik dalam badan kita keluar. Ini dia kek tembikai ! Jangan bakar dalam ketuhar pula tau..


Insha-Allah Missnara pun berharap suatu hari nanti untuk cuba buat.Mungkin buat sikit je kut. Apalah rasanya??? Bekum cuba belum tahu....

Fakta penting : Dulu masa Missnara duduk asrama, kawan-kawan lelaki ada cakap pada Missnara.Katanya mereka pernah makan buah tembikai yang biasa sangat disediakan DM (Dewan makan asrama) dan minum air 100 Plus.Tahu apa jadi? Katanya macam jadi separa mabuk atau pening-pening gitulah. Owh..bahaya tu! Kalau sampai mabuk dah jadi kes besar...

Missnara mengiyakan jela. Meskipun masih belum ada kajian saintifik (insha-Allah Missnara nak buat) tapi tak salah berhati-hati. Maklumlah pengalaman orang.Kita pun 'take note'.... Kamu pun 'take note' ye : )

No comments:

Post a Comment

apa komen anda???