Pages

Tuesday, November 20, 2012

Sensitiviti kanak-kanak


Assalamualaikum, all my beloved readers!
Missnara really get touched after reading this new at Kosmo online!
read first !


NORLIDA (kanan) menangis bersama Hafeq selepas anaknya dijumpai semula selepas melarikan diri selepas namanya tercicir sebagai calon mendapat 5A di SK Bandar Uda 2, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Keriangan 267 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Uda 2 di sini semalam meraikan kejayaan bertukar kecoh apabila salah seorang calonnya melarikan diri kira-kira dua jam.
Semuanya bermula apabila nama pelajar terbabit, Hafeq Shakirin Abdul Halim, 12, tercicir daripada senarai pelajar yang berjaya mendapat keputusan 5A di sekolahnya.
Setelah menyedari kehilangan pelajar itu, pihak sekolah dan keluarga Hafeq panik sehingga membuatkan ibunya, Norlida Mohd. Yusop, 36, dan seorang lagi anaknya, Dania Elliana, 9, menangis di tengah-tengah orang ramai.
Selepas dua jam mencari akhirnya Hafeq ditemui di dalam Dewan Jubli Perak yang terletak satu kilometer dari sekolah dalam keadaan menangis pukul 3.10 petang oleh bapanya, Abdul Halim Abdul Manaf, 40.
Hafeq ketika ditemui berkata, dia kecewa apabila namanya tidak disebut oleh guru sekolah sebagai pelajar mendapat 5A walaupun telah memperoleh keputusan cemerlang itu dan mengambil keputusan melarikan diri kerana tidak mahu melihat ibunya bersedih.
“Saya lihat nama kawan-kawan lain yang dapat 5A sudah dipanggil tapi nama saya tidak. Jadi saya tertekan. Waktu itu saya hanya fikir saya tidak berguna untuk keluarga,” kata anak sulung daripada dua beradik itu sambil menangis teresak-esak.

you see ladies!
hati kanak-kanak sangat sensitif...

Baru-baru ni adik Missnara ada bercerita:
he already ten years old and sweetly called him 'mok'.Adik saya bercerita kalau satu hari kawan dia membawa sekeping gambar ke sekolah.Apa cerita gambar ini.Gambar ini merupakan gambar ayah kawan adik saya .Apa yang menjadikan ia istimewa, gambar ayah budak ini berada dalam keadaan cebisan-cebisan yang telah di'cellophane tape'.Budak ini cerita pada adik Missnara yang sebenarnya gambar bapa dia ni telah dikoyakkan oleh mak dia sendiri.Mak bapa dia bercerai.Mak dah ada calon bapa baru, bapa pun dah ada calon mak tiri.Budak tu pernah juga beri tahu adi Missnara, walaupun kakak dan mak dia amat benci pada bapa dia, tapi dia akan terus sayang bapa dia.hhhhmmm..sedihnya..
what I'M TRYING  to make get you see this story in proffesional side.Even my brother merely share the story without feeling,..I could see how his friend understand and appreciate the relationship with his father.So, he use cellophane tape to merge the picture back even the mother already torn it.


Suddenly I remeber one of my friend, Chepe Merdud..
"kalau kita dikehendaki memilih untuk bercerai atau bermadu ,saat itu kita sudah anak,kita akan pilih bermadu sebab kita dah tak sanggup kesan perceraian terhadap anak-anak yang bercerai ni"
*(kita bermakna aku)
cerita lain...
seorang rakan facebook ada bercerita, dia menagis teresak-esak selepas putus cinta dengan kekasih hati.Tiba-tiba adik dia tanya;
'"Kakak menangis sebab abang "tut..tut.." dah tak nak sayang kakak lagi ye?"
ops..lupa nak cerita, adik dia nampak pakwe dia tengking kakak dia dan minta clash,ni mungkin kes dating bawa adik atau pakwe datang menagamuk di rumah.. : P
sambung... kakak dia pun angguk dan terus menangis..(maklumlah couple sejak sekolah ..)
tiba-tiba adik dia peluk dia dan kata,


"kakak,you are like Barbie Princess, good man doesn't play Barbie"
(apahal adik dia tiba-tiba speaking, sebab family dia memang speaking la awak..)


conclusion: Rasulullah s.a.w sendiri pun amat mengasihi dan menjaga hati kanak-kanak,contohnya, cucu baginda Hasan dan Husin naik atas badan baginda ketika tengah sujud dalam solat, Rasulullah s.a.w tunggu cucu dia turun baru baginda bangun dari sujud. Allahuakbar!
jom sayang dan jaga-kanak-kanak...sekian




Friday, November 16, 2012

Bahaya letak gambar di facebook !

assalamualaikumwarahmatullah!

Laman facebook hari ini bagaikan sudah menjadi laman pertandingan ratu cantik pula ye..
semua orang berlumba-lumba meng'upload ' gambar yang tercantik dalam koleksi..



takut tak ada orang nak add kalau tak cantik?
percayalah , nilai perkenalan/persahabatan/percintaan yang memerlukan DP seseorang itu nak cantik je...
satu nilai ukhuwwah yang amat murah dan mungkin... tidak kekal lama..

saat ramai anak dara  yang menjadi model tidak bertauliah,
tanpa kita sedari ada sang Adam yang berpenyakit hati...


Missnara mula-mula pun agak tak faham, apa benda semua ini,
apabila rakan facebook memberikan page group berkenaan,
Astaghfirullah! rasa nak cekik je orang lelaki yang ada dalam group tu..
anyway, perempuan pun bersalah kan?

" alah , I private gambar la."
sesungguhnya, amat mudah nak break password dan curi gambar seseorang di facebook..
Missnara baru diajar kut..



Readers yang disayangi sekalian,
Hawa itu diciptakan punya sembilan nafsu.. tu yang suka emas, baju cantik, pinggan mangkuk, kasut, aksesori dan banyak lagi.. namun akalnya hanya satu.. 

sedangkan Adam itu diciptakan punya sembilan akal namun nafsunya satu
Nafsu yang satu itu tak lain tak bukan adalah wanita.


dulu Missnara pernah berkawan dengan rakan yang mengalami masalah sosial
dia suka keluar dengan waktu malam dengan lelaki,setakat pergi clubbing tu biasalah..
dan dia ada bercerita, dalam satu hari lelaki mampu terangsang sehingga 37 kali !
terkejut..???
tapi ingat jugalah ye malaikat Izrael intai kita pun 7 hari sekali tau !

berkongsi pengalaman lagi,
Cikgu KHB  pernah bercerita pada Missnara tentang perbualanya dengan seorang Ustaz,,
ustaz kata, "cikgu, kenapa susah sangat anak-anak dara cikgu ni nak tutup aurat dengan sempurna,
tak tahu ke orang lelaki ni,tengok tangan perempuan putih sikit pun dah rasa...(........).."

take note: All men are same! ustaz atau tidak ,fitrahnya semua diciptakan sama.



wahai semua wanita,
kerana awak semua cantik dan terindah Allah hadiahkan perintah berhijab untuk menjaga kita..

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani."

                                                      Al-ahzaab : 59


take care awak !

Wednesday, November 14, 2012

maal hijrah, new strength

 assalamualaikum..
salam maal hijrah 1434 Hijrah
new. year, new soul..
insha-Allah

perjalanan hijrah rasulullah..
click at the below picture ok..


sudah hijrahkah kita?
kecoh satu Malaysia ramai artis dah berhijrah pakai tudung..

Ada yang berkata:
"artis ni bukan setakat hijrah tudung, Hijrah join PAS sekali!"
isshh...pandai-pandai jelah mulut orang ni..

Tak kurang juga yang berkata:
" Ha, tengoklah, berapa lama bertahan pakai tudung tu, nanti tak dapat offer je buka balik !"
amboi.. tak baik mendoakan orang begitu..

Ramai yang berkata:
"Alhamdulillah, dah dapat hidayah"
tapi actually, bak kata Pak Ustaz terkenal seluruh Malaysia :


awak semua nak berhijrah bukan mudah,
pertolongan Allah sentiasa mengiringi orang yang nak berubah !


Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?"

an-nisa : 122






fakta dalam sejarah:
bayangkan kalu Rasulullah tak berhijrah dari Mekah ke Madinah,
islam sentiasa dalam tekanan dan penindasan dan
akan sampai ke Islam kepada kita
Allah sebaik-baik perancang kan?


sesiapa yang berhijrah, insya-Allah berjaya..


Fakta satu dunia:,
Australia dari sebuah tempat buangan penjenayah terbesar bertukar menjadi pulau termaju di dunia.
penjenayah dihantar di sana mereka memulakan hidup baru sebagai manusia buangan dan mencipta tamadun sendiri.

Sesiapa yang berhijrah, dialah orang berjaya..

salam penghijrahan untuk diriku dan kamu semua!