Pages

Saturday, January 30, 2010

pandangan dari seorang jejaka....

Cerita ni peringatan untuk kawan lelaki je, tapi orang pompuan take

note... ... hehehehe Jom kita tengok benda-benda yang selama ini
menjadi rahsia yang terperam buat orang perempuan. Ini bukan
mengumpat, tapi kenyataan... .. jadi bagi lelaki haruslah fahami
hakikat bahawa perempuan itu... ... Salah satu kegemaran orang
perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan
salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!


Menurut satu kajian; kebanyakan wanita akan berkata,tengok anak
teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan
lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita! Selangkah
lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi
tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan
bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran! Wanita memang
pemurah... sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping
complex tiap-tiap minggu!


Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia
tak tahu... tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali
pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi
dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, merah
sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!


Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri
adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus
punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami.

Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya
dan tauke shopping complexnya! Binatang yang suka berlenggang dan
tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia
yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa
saja ialah per... per... !


Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up
dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make
up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini
Yang suka sangat buang duit beli alat make up!


Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga
kali sebelum ke tempat kerja,enam kali semasa kerja dan tiga kali
pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah
jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan
buat kerja tak berfaedah - tengok muka sendiri!Menurut satu kajian,
jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda
dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah
rabun sebab mereka memang mudah rambang mata. Tempat yang selalu
menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam,
pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita
memang suka menghabiskan duit.


Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan
kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah! Orang
perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang-kurangnya
lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama
beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan
hati!Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama
dalam hal berbelanja.

Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan tapi mereka
jarang benar keluar belanja kawan makan! Menurut satu perangkaan,
orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai
umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini
adalah kesan kuat bercakap ketika muda.


Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa mengibaskan
kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang
boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai...
Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang.
Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh
Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang.s


p/s Missnara ada jawapan untuk sang jejaka...ketahuilah...wanita itu adakalnya lebih berkuasa...

Saturday, January 16, 2010

BASAHKAN GUSI......

PERKAHWINAN

Saat indah awal perkahwinan. ....


Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama...

Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?


Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!

Dara : Apakah kau mencintaiku?


Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!

Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?


Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!

Dara : Mahukah kau menciumku?


Teruna : Ya !

Dara : Sayangku.... .!



Lepas 25 tahun perkahwinan

Sekarang Korang baca dari BAWAH KEATAS pulak......





ELEKTRIK....


Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.



Ceritanya… . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.


“Ele..trick aje tu… ele..trick aje… ele trick!”. ( Bermaksud tipu )


Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa “ele..trick” . Jadi digunakanlah perkataan “ELE..TRICK” yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang




RAMALAN


Suatu hari, diadakan satu pertandingan Meramal Masa Depan peringkat negara. Pemenangnya ditetukan melalui cara berapa jauh kedepan dia boleh ramalkan.


Peserta Thailand : " Ramalan saya ialah, pada tahun 2013 nanti, Pulau Phuket akan hilang dari muka bumi ini akibat bencana alam".


Peserta Jepun : "Ramalan saya ialah 2016 nanti, Jepun akan diserang Tsunami yang dasyat, tapi negara kami terselamat kerana telah menciptakan alat yang boleh membuatkan negara kami terbang.".

Peserta Malaysia : "saya meramalkan lebih jauh dari semua peramal yang ada disini, setelah semua yang diramalkan itu terjadi, terjadi dua perkara penting iatu Malaysia akan menjadi juara FIFA Wolrd Cup dan dua tahun selepas itu dunia akan kiamat".


Kerana terkejut dengan ramalan peserta dari Malaysia, Juri terus bertanya "Adakah ramalan itu betul?"

Dengan tenang, Peserta dari Malaysia menjawab "Betul. Kiamat akan terjadi pada tahun 2500"

Dengan spontan juri itu berkata "itu tidak mungkin",

dengan tenang lagi, peramal Malaysia menjawab "kita tunggu dan lihat saja nanti".




Lawak DUN (Dewan Undangan Negeri)


DUN yg paling sejuk . DUN Batu Berendam

DUN yg paling tak de rasa . DUN Air Tawar

DUN yg paling panas , DUN Pedas.

DUN yg paling miskin . DUN Sekupang

DUN yg paling muda , DUN Sri Muda

DUN yg paling lemah , DUN Batang Berjuntai

DUN yg paling basah , DUN Sg Besar

DUN yg kuat makan satay , DUN Kajang

DUN yg banyak hantu , DUN Pucong

DUN yg ada istana , DUN Kota Raja.

DUN yg banyak ikan , DUN Tg Sepat

DUN yg paling keras , DUN Batu Tiga.

DUN paling pendalaman , DUN Hulu Klang

DUN banyak air , DUN Ampangan

DUN banyak penganas . DUN Kuala Kubu.

DUN paling takde kemajuan , DUN Gurun

DUN paling bahaya , DUN Baling.

DUN banyak semut . DUN Kota Sarang Semut.

DUN paling pelik , DUN Sg Ada Burung

DUN ada binatang , DUN Kijang

DUN paling wangi ,DUN Pokok Sena

DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
 
 
 
Teka-Teki Burger


Soalan: Siapa yg mulamula buat burger? Org Melayu ke Org Putih?

Jawapan: Org Melayu le, kite yg mula-mul buat Burger Dale (Begedil)


Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg sekejap kat sini sekejap kat sana?

Jawapan: Burger Rack (Bergerak)


Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa kalau kau pegang nanti melekat2?

Jawapan: Burger Tar (Bergetah)


Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh didengar?

Jawapan: Burger Ma (Bergema)


Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh mencederakan?

Jawapan: Burger Load (Bergelut)


Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg boleh buat kau macam nak jatuh?

Jawapan: Burger Gar (Bergegar)


Soalan: Banyak-banyak burger, burger apa yg buat kite ketawe?

Jawapan: Burger Luck (Bergelak)

JANJI SEORANG KHALIFAH!!!


Kau insan terpilih,
kau tercipta dari kasih sayang,
dari kemulian oleh tuhan,
seketul daging bertitiskan air yang hina,
kau dilahirkan bersama amanah,
waktu mematangkan segalanya,
tanpa angkara kau merasai wujudnya diri,
dari kehinaan kau diangkat setinggi-tinggi martabat,
saat ingin ditiupkan roh,kau berjanji tanda syukur,
seampuh kudrat kau mengangkat sumpah,
Wahai tuhan,
akan ku mengabdi setulus hati,
akan ku jadi khalifah beriman,
akan kusemarakkan alam dengan warna jihad,
Lantas janji kau pegang,
terpatri bukan sekadar lafaz,
dan saat kau ke dunia,
tangan kau genggam,
tak tertanggung beratnya amanah dan janji,
tangisan kau hambur,
tanda kesyukuran tak terungkap,
Lalu,bertatih-tatih kau melayari kehidupan,
dengan penuh azam dan tekad,
sampai kau dapat berlari,
berteman mimpi dan sepi,
impian dan khayalan,
Tapi kau lupa pada janji,
Kau leraikan genggaman amanah yang lalu,
satu-satu yang suci kau nodai,
satu-satu yang jahil kau teladani,
satu-satu yang hitam kau warnai,
kau bangga menjadi insan terpilih,memang kaulah manusia,
kaulah insan yang sering terlupa,
kau lupa asal usul kejadianmu,
kau lupa pada janji dan sumpah pada tuhanmu,sampai saatnya nanti,
kau sendiri akan menjadi saksi,
pada kelahiran-kelahiran yang akan datang,
janji tetap janji,
kau akan ditanya bila tiba masanya,
kemana kau kotakan janji itu?
saat pertemuan dengan tuhanmu.....


Saturday, January 2, 2010

TAMAN TEMA AIR PEDAS,NEGERI SEMBILAN..



SELAMAT DATANG...

semestinya anda akan teruja untuk bermandi-manda di sini..
pastikan bawa semua kelengkapan..
pakaian persalinan,
pelampung,
atau apa sahaja yang dirasakan sesuai..





peta ke Taman Tema Air,Pedas,Negeri Sembilan.
18 km dari Seremban...

Tiket masuk berdasarkan ketinggian...

0-135 cm : free!!

Tiket juga berdasarkan hari dan umur...

weekdays (1.00-7.00 p.m)

adult:RM 5
children:RM 3

weekend (10 a.m-7.00 p.m)

adult : RM 8
children: RM 5

ditutup pada setiap Selasa melainkan cuti umum..




fasiliti-fasiliti :

-kolam khas untuk kanak-kanak (seperti gambar di atas)
-bilik mandi dan tandas
-surau
-tempat letak kereta
-resoran dan kafeteria
-sewa pelampung
-spa
-dan permainan yang menyeronokkan!!





kolam untuk tujuan refseksologi menggamit kedatangan pengunjung apatah lagi
lokasinya di depan pintu masuk!!




pada suhu 27 darjah-34 darjah celcius,
sudah pasti dapat membantu menenangkan diri di
kolam air panas semulajadi di sini.




kawalan keselamatan yang bagus,
terutama di bahagian kanak-kanak...
paras dan suhu air yang sesuai..




sudah bosan bermandi-manda di kolam?
apa kata anda bersama keluarga berenang-renang
mengelilingi taman tema air ini..
Jangan bimbang setiap kedalaman
diberi amaran keselamatan..





Wah!! pastikan anda mencuba permainan -permainan yang disediakan...

Keseronokan anda  bermula di sini di Taman Tema Air Pedas,
Negeri Sembilan
yang merupakan rangkaian Taman Tema Terbesar di Malaysia!!!



Selamat Bercuti!!
dan sokonglah Industri Pelancongan negara..



Missnara rated this place 4 ****