Pages

Monday, July 29, 2013

Jutaan Bidadari menangis

Jutaan sang bidadari menangis minta dilindungi,
Mana pembela bidadari dunia ?
Sedangkan Rasulullah s.a.w berkali berpesan :
"Jagalah wanita ! "


Diskriminasi terhadap wanita Islam hanya kerana hijab?

Perancis :
Kerajaan Perancis berbangga menjadi negara pertama yang menolak pemakaian hijab di negara mereka.Malah satu operasi yang dinamakan "Burqa Ban "kononnya untuk membanteras gejala pemakaian hijab. Wanita muslim yang berhijab akan dikenakan denda !Kerajaan Perancis percaya pemakaian hijab ini mencetuskan sentimen agama dan 86 % rakyat Perancis bersetuju akan perkara ini !

Australia :
Hukuman penjara dijanjikan buat wanita islam yang berhijab apabila kerajaan Australia menetapkan undang-undang berkenaan.Malah Profesor Gary Bouma dari Monash Melbourne University percaya hijab menyukarkan wanita islam untuk mendapatkan pekerjaan!

Britain :
Dua orang pelajar Muslim dihalang daripada bersekolah kerana mereka telah memakai skaf kepala di sekolah.Kerajaan Britain juga bersikap dikriminasi apabila menganak tirikan sekolah Islam sebaliknya memberi dana bantuan buat sekolah Katolik dan Yahudi.

Kepulauan Caribbean :
Badan masyarakat Katolik, Anglican, Presbyterian, Pembaptis dan Hindu menyokong tindakan menghalang pemakaian hijab oleh pelajar islam di sekolah.Saudara-saudara muslim kita melawan kes ini di mahkamah.

Virginia, U.S  :
Seorang guru wanita telah dilucutkan daripada perkhidmatan apabila dia mula mengenakan hijab.Pada awalnya mahkamah bertindak memberikan guru wanita ini peluang kana tetapi keputusan ditarik semula.Sehingga kini kes ini masih dalam rayuan.

St.Paul, Minnesota :
Tayyibah Amatullah,seorang wanita islam telah ditahan kerana berhijab semasa membeli-belah.Beliau telah diberi kata dua oleh pihak polis sama ada menanggalkan penutup mukanya atau meninggalkan pusat beli-belah.Amatullah marah akan tindakan itu dan bertegas dengan keinginannya untuk tidak melihat lelaki dan tidak mahu disentuh sembarangan.Namun dia telah dibawa ke satu bilik kecil dan disaman. Pihak berkuasa menegaskan tindakan mereka terhadap Ayatullah atas dasar membanteras masalah jenayah dan orang awam tidak dibenar menutup muka mereka di tempat awam !

Belgium :
Undang-undang menghalang pemakaian hijab oleh wanita islam dicadangkan untuk dilaksanakan bukan sahaj di sekolah malah juga di hospital meliputi pelajar, guru dan doktor.

German :
Canselor  Gerhard Schroeder menegaskan bahawa tudung/hijab tidak mempunyai tempat dalam kerajaan termasuk guru-guru

Denmark :
Pusat dan gedung beli-belah memecat semuapekerja wanita islam yang berhijab.Pernah mahkamah memihak seorang pekerja wanita islam yang berumur 16 tahun untuk memakai hijab ketika bekerja,Perdana Menteri Denmark sendiri memberi ugutan akan menentang keputusan itu dan angkuh berkata : “The court decision in favour of a Muslim girl can have consequences. I will advise these girls not to wear these scarve "(Keputusan mahkamah memihak kepada gadis Islam boleh membawa kesan. Saya akan menasihati gadis-gadis tidak memakai tudung itu )

Itali :
Sebuah tadika memecat seorang guru Muslim wanita atas tindakannya berhijab dan mereka percaya itu akan menakutkan kanak-kanak.Liga Utara yang merupakan rakan kroni Berlusconi menhina guru wanita berkenaan dengan kenyataan, “If someone comes from the jungle and is used to going around dressed like Tarzan, they can do it there, but not here." (Jika seseorang keluar dari hutan dan berpakaian seperti Tarzan, mereka boleh lakukannya tapi tidak di sini )

Syria :
Seorang muslimah telah dizalimi oleh tentera Basyar Laknatullah dengan ditinggalkan telanjang di tengah jalan.Sebelum itu muslimah itu telah diperkosa 100 tentera.Dia dibiarkan kesejukan di atas jalan. Sementara itu pihak tentera memperkosa wanita sunni sesuka hati walaupun di kawasan terbuka.

Sungguh Ya Allah kuatkan iman para muslimah...


Perasan tak gugurlz semua, hari ini aurat kita diusik oleh musuh Islam dari jauh atas kerelaan kita sendiri.
Fikirkan..
Akhir zaman ini, wanita islam ini sudah tidak mampu menjaga kehormatan dirinya,
begitu juga lelaki islam sudah tidak gagah lagi membela muslimah yang dizalimi,
Salah siapa kalau islam itu sendiri umat dagangkan ?


Ini kisah para sahabat sanggup mati demi mempertahankan aurat seorang muslimah.

KISAH MUSLIMAH DAN YAHUDI DI PASAR BANI QAINUQA

’Abdullah bin Ja’far bin Al-Miswar meriwayatkan kisah tentang sebuah perjuangan menjaga maruah dan aurat Muslimah. 

Pada suatu hari, terdapat seorang perempuan Arab Muslimah pergi ke pasar Bani Qainuqa’ membawa barang jualannya, lalu duduk berdekatan dengan seorang tukang emas berbangsa Yahudi.
Kemudian datang beberapa orang Yahudi mengepung dengan… tujuan mengganggu perempuan tersebut.

“bukalah penutup mukamu,” kata sekumpulan orang Yahudi tersebut.
Perempuan itu lantas mempertahankan maruahnya: “Tidak!”

Si tukang emas yang berada berdekatan dengan perempuan tersebut secara diam-diam memegang hujung kain perempuan itu, lalu disimpulkannya hingga ke bahagian belakang badannya ketika wanita Arab itu tidak menyedarinya . apabila perempuan itu bangun, maka terdedahlah auratnya. 
Apa lagi , orang Yahudi ketawa terbahak-bahak.
“Ha….ha….ha… padan muka kamu!”
Lantas perempuan itu menjerit: “Tolong….tolong!”

Tiba-tiba datang seorang lelaki Muslim yang menyerbu tukang emas tersebut, lalu membunuhnya. Orang Yahudi yang melihat kejadian itu segera bertindak balas dengan membunuh lelaki Muslim tersebut.
Keluarga lelaki Muslim itu mula menjerit memanggil orang Islam untuk bertemu orang Yahudi tersebut. Maka berlaku pergaduhan antara mereka dengan Bani Qainuqa’.

 (Ibn Ishaq, al-Sirah al-Nabawiyyah)

Adakah kini kita menghadapi situasi seperti yang dihadapi oleh wanita Arab Muslimah tersebut? Jawapannya, tidak. Malah sebaliknya wanita kini mendedahkan aurat atas dasar sukarela, “ikhlas” dari hati mereka.

Berdasarkan kisah di atas, wanita dan lelaki berperanan mempertahankan maruah (dalam konteks ini aurat). Wanita perlu memahami syariat, lantas menyambutnya dengan hati terbuka dalam bentuk amalan (praktikal).
Bagi lelaki pula,jangan sesekali menjadikan wanita sebagai objek pelaris dalam apa-apa sahaja promosi. Demikian juga peranan seorang suami, ayah, abang, termasuk juga lelaki secara umum, nasihatlah wanita yang berada di bawah jagaan mereka agar menitikberatkan penjagaan aurat sebaiknya.

Wallahua’lam. Petikan dari Majalah Solusi siri 41 di bawah tajuk “Tutup Aurat 


Personaliti melalui bentuk kaki



Menurut bentuk gaya Arabic 1 : 

*Mempunyai sifat survivor didalam diri dan tidak mahu mengalah . 

*Suka melakukan kerja dengan pantas dan secara bersistem supaya tampak lebih teratur .


 *Bersifat pemimpin didalam diri . 


*Seorang yang berterus terang tetapi didalam hati ada taman,


 *individu yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan merupakan seorang pemikir 


yang bijak .





Menurut bentuk gaya Roman 2 :


 *Seorang yang mudah berkawan,

* sangat emosi jika menyentuh hal bab keluarga 


*mempunyai impian yang besar tetapi


* memerlukan orang dibelakang untuk membantunya .


*Seorang yang bersifat cool dan lebih suka membuat hal sendiri .





Menurut bentuk gaya Greek 3 : 


*Merupakan seorang pelaksana kerja yang paling baik dan

* tidak mudah putus asa,


* mempunyai kemahiran yang tinggi didalam sesuatu kerja .


* Mempunyai ilham, kreatif dan merupakan seorang insan yang berseni tetapi bakat 


terpendam .


* Keperluan membina diri untuk lebih maju, hidup penuh dengan impian dan idea tetapi 


tidak dilaksanakan .



Pesan Missnara : Ini mungkin cuma kajian psikologi sahaja.Anda punya hak untuk 

mempercayai atau tidak dan ia juga berkemungkinan benar ataupun tidak.

Thursday, July 25, 2013

Why muslim women won't shake hand with men?






ENGLISH MAN : Why Muslim women are not allowed
in Islam to shake a hand with men?


MUSLIM SCHOLAR : Could you take the hands of
Queen Elizabeth in your hands?


ENGLISH MAN : Of course not. Only certain people
are allowed to shake hands with the Queen.


MUSLIM SCHOLAR : Our ladies are Queen and the
Queen won’t shake hands with strange men.



********************

Buat sahabat Missnara yang tidak fasih berbahasa Inggeris, Missnara terjemahkan...




LELAKI INGGERIS : Kenapa wanita islam tidak dibenarkan 
bersalaman dengan para lelaki?


ULAMA' ISLAM : Boleh anda bersalam dengan Queen Elizabeth?

LELAKI INGGERIS : Oh,sudah tentu tidak boleh! Hanya orang 
tertentu sahaj boleh bersalam dengan Queen.

ULAMA' ISLAM: Wanita islam pada kami ialah seorang Queen 
dan Queen tidak boleh bersalaman dengan lelaki asing.


*Queen-Permaisuri-Queen Elizabeth kiranya macam Yand Di-Pertuan Agong ..
*Lelaki asing -merujuk kepada lelaki yang bukan mahram/lelaki ajnabi/ boleh dikahwini




and for everyone either you are muslim or not, or maybe you are not really preferred the hijab and strongly opposed on it...

watch this :

Why do Muslim women wear Hijab?

and me myself already post something on this issue.. :click here
and how muslim women can do anything even  they wear hijab : click here 

Tips menarik tentang tembikai


Berapa ramai yang tahu tembikai salah satu makanan sunnah ?


Daripada Aisyah Radhiallahu anhu berkata: 
"Rasulullah s.a.w makan tembikai dengan kurma muda.Lalu baginda bersabda: "Kita mengurangkan kepanasan (kurma muda) dengan sejuknya ini (tembikai).Dan sejuknya ini (tembikai)dengan panasnya ini (kurma muda)."

(Riwayat Abu Daud No.3838)

Missnara pernah baca hadis ini di dalam sebuah buku tulisan dan kajian Dr Danial Zainal Abidin.Kurma muda yang dimaksudkan ialah kurma yang baru dipetik dari pokok kurma basah.Wallahu'alam


Meh Missnara nak kongsikan tips membeli tembikai !

Dulu Missnara pernah shopping barang dapur dan nampak seorang pakcik ni, beli tembikai satu troli ! Cara pakcik ni pilih tembikai dengan cara dia tepuk-tepuk tembikai tu dan dengar kelangsingan bunyi .Ya Allah ni dah kategori pro ni..Rasa tembikai juga ditentukan oleh warnanya. Setuju?


"Makanlah tembikai kerana di dalamnya ada banyak kebaikan.Ia makanan, minuman,perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambah air tulang belakang,menghindarkan sejuk dan membersihkan kulit" ~Ibnu Abbas




Missnara terjumpa satu cara bijak para ibu nak tarik anak mereka beajar makan buah tembikai.Sungguh kreatif! Walaupun still single lagi tapi seronok je nak belajar ilmu keibu bapaan ni .. opps!


Di luar negara mereka panggil menu di bawah sebagai kebab. Missnara pun tak tahu kenapa? tapi kreatif !



Walaubagaimanapun mesti ada juga puak-puak manusia yang tak gemar dengan tembikai ni.Katanya berair dan kitapun asyik nak ke bilik air je.Itulah yang bagus merangsang kita nak buang air.Barulah toksik dalam badan kita keluar. Ini dia kek tembikai ! Jangan bakar dalam ketuhar pula tau..


Insha-Allah Missnara pun berharap suatu hari nanti untuk cuba buat.Mungkin buat sikit je kut. Apalah rasanya??? Bekum cuba belum tahu....

Fakta penting : Dulu masa Missnara duduk asrama, kawan-kawan lelaki ada cakap pada Missnara.Katanya mereka pernah makan buah tembikai yang biasa sangat disediakan DM (Dewan makan asrama) dan minum air 100 Plus.Tahu apa jadi? Katanya macam jadi separa mabuk atau pening-pening gitulah. Owh..bahaya tu! Kalau sampai mabuk dah jadi kes besar...

Missnara mengiyakan jela. Meskipun masih belum ada kajian saintifik (insha-Allah Missnara nak buat) tapi tak salah berhati-hati. Maklumlah pengalaman orang.Kita pun 'take note'.... Kamu pun 'take note' ye : )

Sunday, July 14, 2013

Tadabbur Quran-Jauhi Sombong


salam ramadhan !
Ramadhan kareem

jawabnya, Allahu akrom!


Tadabbur Quran kali ini :

Jauhi sombong!


Ada beberapa jenis kesombongan

Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. 

contoh-Bangga ada anak ramai, kereta besar, rumah mewah atau badan yang cantik.

 Riak ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal.

contoh-Solat sunat untuk dikata alim, bersedekah untuk dikata dermawan.

Takbur berasal daripada perkataan bahasa arab ‘takabbara’ yang membawa maksud sombong. 
 Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkan takbur sebagai berperasaan tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dari orang lain.Paling mudah membesar-besarkan diri.

contoh-Tidak mahu menerima kebaikan dan nasihat 'alim ulama.

Sum’ah berasal daripada kata samma’a yang ertinya memperdengarkan. Memperdengarkan amal kepada manusia ertinya menampakkan amal yang sebelumnya dirahsiakan. 

contoh- Bercerita tentang jumlah kekayaan yang dimiliki untuk dikagumi.







Sebuah analogi untuk sedar diri


Sesungguhnya merendah diri, bersifat tawaduk dan bersederhana tidak pernah merugikan.
Ayuh, rendahkan diri dengan banyak sujud kepada Allah, 
menghormati seganp makhluk..
hentikan menuding jari tak tentu pasal..

Bangga muka cantik?
semuanya akan hilang ...
Bangga bertubuh langsing?
semuanya akan hilang..
Bangga memiliki populariti?
semuanya akan hilang..


Salam Ramadhan,