Umumnya mengetahui betapa sensitifnya payudara wanita kerana bersambung dengan kalenjar susu selain diselaputi lapisan kulit yang agak nipis berbandung bahagi-bahagian lain.Penjagaan daripada peringkat awal(usia muda amat perlu.Berikut adalah beberapa langkah umum yang biasa dilakukan masyarakat kita sendiri yang boleh diikuti oleh golongan muda di luar sana.
1- Pemilihan coli yang betul
80% wanita Asia tidak memakai coli yang sesuai dengan payudara mereka.Hal ini menyebabkan payudara
tidak mendapat sokongan sepenuhnya sekiranya coli longgar atau mungkin mengalami tekanan jika coli
terlalu ketat.Dapatkan bantuan jurujual untuk memilih coli yang sesuai. Seelok-eloknya ambil ukuran saiz
payudara umtuk memudahkan ketika membeli .Coli besi adalah lebih baik untuk menyokong payudara
terutama bagi mereka yang memiliki payudara bersaiz besar.
2-Ambil kira perkembangan payudara dari semasa ke semasa.
Perhatikan jika ada sebarang tanda-tanda pelik di permukaan payudara anda seperti lebam,bengkak dan
benjolan.Kemudian lakukan pemeriksaan di hospital atau klinik.
3-Cara pemakaian yang betul.
Pakai coli dengan cara yang betul.Sangkutkan kedua-dua tali coli ke bahu. Kemudian tarok tali coli ke
belakang perlahan-lahan bagi mengumpul lemak ke dalam mangkuk dan kancingkan.
4-Tidak memberi tekanan kepada payudara.
Elakkan daripada memakai coli secara berterusan selama 12 jam.Ketika tidur tanggalkan coli atau
longgarkan talinya bagi mereka yang tidak selesa tanpa coli.
5- Makan buah-buahan sitrus
Buah-buahan sitrus seperti oren,anggur dan lemon baik untuk kesihatan payudara kerana membantu
pergerakan keluar masuk limfa dari payudara. Apatah lagi jika diperhatikan buah sitrus kebanyakkanya
berbentuk seperti payudara.
6- Lakukan urutan dan senaman.
senaman yang biasa untuk kesihatan payudara adalah:
*Tegakkan badan anda dan angkat kedua-dua tangan setentang
dengan anda.
*Kedua-dua belah tapak tangan anda mengenggam pergelangan tangan
kiri dan kanan.
*Tolak berlawanan arah dengan serentak.
*Lakukan ia 10 - 15 minit sehari atau mengikut selera anda. Senaman
ini dapat merawat payudara anda.
urutan dpat dilakukan dengan menolak payudara ke atas dan ke bawah
dan elakkan menolak ke kanan dan ke kiri.
7-Pemeriksaan
Lakukan pemeriksaan di hospital atau klinik.Terdapat banyak pemeriksaan
yang boleh dilakukan mengikut peringkat umur.
8-Elakkan posisi tidur telangkup/meniarap.
Posisi tidur yang salah dapat memberi tekanan pada payudara sekaligus
merosakkan bentuknya.
9-Elakkan kerap mandi air panas.
Memang tidak dinafikan mandi air panas baik untuk kesihatan apatah lagi
untuk membuang sel-sel kulit mati.Namun jika terlalu kerap akan
menyebabkan kulit kering.
10-Penggunaan sabun mandi.
Payudara sangat sensitif.Sekiranya mandi jangan terlau kerap untuk
menyabun bahagian payudara.Untuk membersihkan payudara adalah
dengan menggunakan air suam.Gunakan kain yang bersih dan tuam di
bahagian payudara.
11-Tidak mengamalkan diet yang ketat
12-Cucuhkan air dari atas payudara ketika mandi.
Jadi Missnara nak pesan kepada semua yang bergelar wanita agar
dapat mengamalkan penjagaan ini sebaiknya.
Selamat maju jaya.
Missnara
tq
ReplyDelete