Pages

Wednesday, December 16, 2009

Ada apa pada reben pink??


Anda mungkin rasa biasa je tengok reben pink ini,tapi oleh sebab anak2 dara sekalian adalah wanita,maka perlulah untuk diketahuui yang reben ini adalah simbol bagi kanser payudara!!!
kalau reben merah pula untuk penyakit HIV/AIDS.


Bohonglah kalau x ada wanita yang tak takut dengan kanser payudara..semuanya pasti akan tercengang dan terdiam bila diberitakan penyakit ini menimpa orang yang kita sayang..kalau kena diri sendiri lagi........sadis..uuuiiii..takutnya Missnara.
yelah apa tidaknya tak ada sesiapa yang sanggup kehilangan "aset berharga" seorang wanita ini..


Namun tanpa kita sedari,ramai anak dara di luar sana yang buat endah tak endah saja mengenai penyakit ini..Hey!! Missnara nak pesan..walaupun penyakit ini berisiko bagi yang telah mencecah usia separuh abad,tapi jangan lupa segalanya bemula daripada amalan ketika kita di usia muda lagi..


mukaddimah kali ini Missnara nak kongsi siapa yang berisiko untuk menerima kanser yang mengerikan ini dalam hidup mereka..hati-hati dah kena badan sendiri barulah nak sedar..



FAKTOR-FAKTOR KANSER PAYUDARA..


1) Wanita!!!
   setiap wanita berisiko mengidapi penyakit ini dengan kadar 99%.Jangan
   terkejut! ada juga lelaki yang menghidapi Kanser payudara..(hhmm..macam mana tu..)


2) Umur
    Menurut kajian yang dibuat kanser ini jarang menyerang wanita yang berusia
    bawah 25 tahun. (Missnara muda lagi : 3 )


3) Geografi
    Wanita barat lebih mudah dijangkiti kanser payudara berbanding wanita Asia dan Afrika.


4) Sejarah Keluarga/Faktor Genetik
    Seseorang yang pernah ahli keluarganya menghidapi penyakit ini lebih berisiko untuk
     turut menghidapinya.Contohnya hubungan ibu dan anak atau kembar.


5) Riwayat Darah Haid  
    Wanita yang kedatangan Haidnya sebelum berusia 12 tahun dan putus Haid(Menopause)
   selepas  usia 55 tahun.Risiko adalah sebanyak 2-3 kali ganda.Hal ini berkaitan dengan fasa
   kesuburan dan pendedahan terhadap pengaruh hormon Estrogen.


6) Jumlah Anak
    Wanita yang tidak pernah hamil apatah lagi setelah usia 30 tahun.(anak dara sekarang  suka kahwin
    lambat : (  ,tapi jangan pula lahirkan anak tanpa bapa..)


7) Pendedahan Radiasi
    Apatah lagi sebelum usia 30 tahun.Contoh pendedahan radiasis,letupan bom (kesian orang palestin) Gas
   Radon dan menghidapi penyakit Tubercolosis.


8) Saiz Tubuh
    Wanita yang gemuk selepas putus Haid mempunyai risiko tinngi kerana pada  lemak ada Oestrogen yang
    meransang kanser.

9) Pengambilan pil perancang atau Terapi Hormon Gantian

    Sekiranya mempunyai masalah kitaran haid,ikutlah nasihat doktor.


* mengikut kajian juga,penyusuan dapat mengurangkan risiko menghidapi Kanser payudara.



Jadi, Missnara rasa anak-anak dara pandai-pandailah menjaga "aset" masing-masing.
Memang betul ramai yang berusia menghidapi penyakit ini,tetapi lebih terdedah kepada mereka yang berusia bawah 30 tahu.Anak darakan bawah muda lagi dari itu.

Cuba bayangkan alangkah sedihnya jika kita melihat orang lain menyusukan anak sendiri tetapi kita tidak mampu melakukannya.  Kita???? Setiap wanita pasti ingin menjadi ibukan??


Jumpa Missnara lagi,nanti Missnara kan cerita bagaimana pula nak menjaga "aset"bernilai ini.

                                    
                                                                                              
                                                                                                             missnara..







No comments:

Post a Comment

apa komen anda???