Pages

Sunday, December 27, 2009

Jom senyum dan gelak!!!!





SURAT CINTA...


Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya
dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia
cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul
hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan
kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.





Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing
salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.
Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama
Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku
itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh
penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap
sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.




Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok
getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan
 aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.
Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai
langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah
terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.




Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.




Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.




Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.




Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.




Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?



















KORANG AKAN MENYESAL KALAU TAK BACA



Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa... .adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue... maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak gitu...



Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat... dan sememangnya tidak dinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana itulah jugak... berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang... .siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih... .setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku... aku pun tak tau apasal..


Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku... dier le awek aku yg paling last... .muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak kahwin...


Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping... Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut lar... muka cair lar... kain terselak lar... malu nanti orang tengok lar... tak buleh nak seksi lar...


Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku... sure itulah kali last aku akan jumpa Intan... Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku ... aku cakap kat dier... .baiklah... .esok aku akan datang naik kete besar... jauh lagi besar dari kete mesedis... . Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan...






Intan terus menghaibkan diri... ..aku dah agak dah mesti terjadi punyer... ... . cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang-korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or bakal awek aku...


Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie... .satu hari nanti...


Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie... ..






Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang
Taiping Perak...



















TEKA-TEKI PETIK JARI



Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??



Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu




Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?


Jawapan: Seluar dalam ler.. haha




Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?


Jawapan: Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!




Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?

Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!




Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka.. kalo terer!


Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar hue hue hue!!




Teka-teki: Bulu bertemu bulu kulit bertemu kulit makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!
Jawablah kalau bijak sangat!


Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!




Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?


Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.




Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.


Jawapan: lilin masa sambut EPI BESDAY




Teka-teki: Scorpion kaler apa?


Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!




Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???


Jawapan: Kerani




Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???


Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!




Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??


Jawapan: Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!!



Saturday, December 19, 2009

Tips penjagaan payudara



 Umumnya mengetahui betapa sensitifnya payudara wanita kerana bersambung dengan kalenjar susu selain diselaputi lapisan kulit yang agak nipis berbandung bahagi-bahagian lain.Penjagaan daripada peringkat awal(usia muda amat perlu.Berikut adalah beberapa langkah umum yang biasa dilakukan masyarakat kita sendiri yang boleh diikuti oleh golongan muda di luar sana.

1- Pemilihan coli yang betul
   80% wanita Asia tidak memakai coli yang sesuai dengan payudara mereka.Hal ini menyebabkan payudara 
   tidak mendapat sokongan sepenuhnya sekiranya coli longgar atau mungkin mengalami tekanan jika coli
   terlalu  ketat.Dapatkan bantuan jurujual untuk memilih coli yang sesuai. Seelok-eloknya ambil ukuran saiz  
   payudara umtuk memudahkan ketika membeli .Coli besi adalah lebih baik untuk menyokong payudara  
   terutama  bagi mereka yang memiliki payudara bersaiz besar.


2-Ambil kira perkembangan payudara dari semasa ke semasa.
   Perhatikan jika ada sebarang tanda-tanda pelik di permukaan payudara anda seperti lebam,bengkak dan
   benjolan.Kemudian lakukan pemeriksaan di hospital atau klinik.



3-Cara pemakaian yang betul.
   Pakai coli dengan cara yang betul.Sangkutkan kedua-dua tali  coli ke bahu. Kemudian tarok tali coli ke
   belakang perlahan-lahan bagi mengumpul lemak  ke dalam mangkuk dan kancingkan.





4-Tidak memberi tekanan kepada payudara.
   Elakkan daripada memakai coli secara berterusan selama 12 jam.Ketika tidur tanggalkan coli atau
   longgarkan talinya bagi mereka yang tidak selesa tanpa coli.



5- Makan buah-buahan sitrus
   Buah-buahan sitrus seperti oren,anggur dan lemon baik untuk kesihatan payudara kerana membantu
   pergerakan keluar masuk limfa dari payudara. Apatah lagi jika diperhatikan buah sitrus kebanyakkanya
   berbentuk seperti  payudara.



6- Lakukan urutan dan senaman.

   senaman yang biasa untuk kesihatan payudara adalah:

  *Tegakkan badan anda dan angkat kedua-dua tangan setentang
   dengan anda.



  *Kedua-dua belah tapak tangan anda mengenggam pergelangan tangan
   kiri dan kanan.


  *Tolak berlawanan arah dengan serentak.


  *Lakukan ia 10 - 15 minit sehari atau mengikut selera anda. Senaman
    ini dapat merawat payudara anda.
   urutan dpat dilakukan dengan menolak payudara ke atas dan ke bawah
   dan elakkan menolak ke kanan dan ke kiri.



7-Pemeriksaan
 Lakukan pemeriksaan di hospital atau klinik.Terdapat banyak pemeriksaan
 yang boleh dilakukan mengikut peringkat umur.


8-Elakkan posisi tidur telangkup/meniarap.
  Posisi tidur yang salah dapat memberi tekanan pada payudara sekaligus
  merosakkan bentuknya.


9-Elakkan kerap mandi air panas.
  Memang tidak dinafikan mandi air panas baik untuk kesihatan apatah lagi
  untuk membuang sel-sel kulit mati.Namun jika terlalu kerap akan
  menyebabkan kulit kering.

10-Penggunaan sabun mandi.
   Payudara sangat sensitif.Sekiranya mandi jangan terlau kerap untuk
   menyabun bahagian payudara.Untuk membersihkan payudara adalah
   dengan menggunakan air suam.Gunakan kain yang bersih dan tuam di
   bahagian payudara.


11-Tidak mengamalkan diet yang ketat


12-Cucuhkan air dari atas payudara ketika mandi.



Jadi Missnara nak pesan kepada semua yang bergelar wanita agar
dapat mengamalkan penjagaan ini sebaiknya.

Selamat maju jaya.
 


  
                                                                                 Missnara

Wednesday, December 16, 2009

Ada apa pada reben pink??


Anda mungkin rasa biasa je tengok reben pink ini,tapi oleh sebab anak2 dara sekalian adalah wanita,maka perlulah untuk diketahuui yang reben ini adalah simbol bagi kanser payudara!!!
kalau reben merah pula untuk penyakit HIV/AIDS.


Bohonglah kalau x ada wanita yang tak takut dengan kanser payudara..semuanya pasti akan tercengang dan terdiam bila diberitakan penyakit ini menimpa orang yang kita sayang..kalau kena diri sendiri lagi........sadis..uuuiiii..takutnya Missnara.
yelah apa tidaknya tak ada sesiapa yang sanggup kehilangan "aset berharga" seorang wanita ini..


Namun tanpa kita sedari,ramai anak dara di luar sana yang buat endah tak endah saja mengenai penyakit ini..Hey!! Missnara nak pesan..walaupun penyakit ini berisiko bagi yang telah mencecah usia separuh abad,tapi jangan lupa segalanya bemula daripada amalan ketika kita di usia muda lagi..


mukaddimah kali ini Missnara nak kongsi siapa yang berisiko untuk menerima kanser yang mengerikan ini dalam hidup mereka..hati-hati dah kena badan sendiri barulah nak sedar..



FAKTOR-FAKTOR KANSER PAYUDARA..


1) Wanita!!!
   setiap wanita berisiko mengidapi penyakit ini dengan kadar 99%.Jangan
   terkejut! ada juga lelaki yang menghidapi Kanser payudara..(hhmm..macam mana tu..)


2) Umur
    Menurut kajian yang dibuat kanser ini jarang menyerang wanita yang berusia
    bawah 25 tahun. (Missnara muda lagi : 3 )


3) Geografi
    Wanita barat lebih mudah dijangkiti kanser payudara berbanding wanita Asia dan Afrika.


4) Sejarah Keluarga/Faktor Genetik
    Seseorang yang pernah ahli keluarganya menghidapi penyakit ini lebih berisiko untuk
     turut menghidapinya.Contohnya hubungan ibu dan anak atau kembar.


5) Riwayat Darah Haid  
    Wanita yang kedatangan Haidnya sebelum berusia 12 tahun dan putus Haid(Menopause)
   selepas  usia 55 tahun.Risiko adalah sebanyak 2-3 kali ganda.Hal ini berkaitan dengan fasa
   kesuburan dan pendedahan terhadap pengaruh hormon Estrogen.


6) Jumlah Anak
    Wanita yang tidak pernah hamil apatah lagi setelah usia 30 tahun.(anak dara sekarang  suka kahwin
    lambat : (  ,tapi jangan pula lahirkan anak tanpa bapa..)


7) Pendedahan Radiasi
    Apatah lagi sebelum usia 30 tahun.Contoh pendedahan radiasis,letupan bom (kesian orang palestin) Gas
   Radon dan menghidapi penyakit Tubercolosis.


8) Saiz Tubuh
    Wanita yang gemuk selepas putus Haid mempunyai risiko tinngi kerana pada  lemak ada Oestrogen yang
    meransang kanser.

9) Pengambilan pil perancang atau Terapi Hormon Gantian

    Sekiranya mempunyai masalah kitaran haid,ikutlah nasihat doktor.


* mengikut kajian juga,penyusuan dapat mengurangkan risiko menghidapi Kanser payudara.



Jadi, Missnara rasa anak-anak dara pandai-pandailah menjaga "aset" masing-masing.
Memang betul ramai yang berusia menghidapi penyakit ini,tetapi lebih terdedah kepada mereka yang berusia bawah 30 tahu.Anak darakan bawah muda lagi dari itu.

Cuba bayangkan alangkah sedihnya jika kita melihat orang lain menyusukan anak sendiri tetapi kita tidak mampu melakukannya.  Kita???? Setiap wanita pasti ingin menjadi ibukan??


Jumpa Missnara lagi,nanti Missnara kan cerita bagaimana pula nak menjaga "aset"bernilai ini.

                                    
                                                                                              
                                                                                                             missnara..







Monday, December 14, 2009

Pra-syarat Anak Dara Global..




Salam perkenalan buat semua..

Terima kasih kerana sudi singgah-singgah di blog ini.Suka betul Missnara nk bercerita pasal blog ni..
http://anakdaraglobal.blogspot.com/
jangan terkejut dengan blog ni..bukanlah Missnara ni feminisme..oh..tidak..
blog ini ditujukan khas buat sume yang ingin mendapatkan tips-tips menjadi anak dara yang baik..
hmm..buat yang bukan ank dara tu..Missnara tak pernah pun tutp blog ni untuk yang lain..
tapi..anak dara yang melayari blog ni..kira VIP you know!

SYARAT-SYARAT MENJADI ANAK DARA GLOBAL..

1)UP-TO-DATE.
.
   sweet ladies mestilah up-to-date dari segi pemikiran dan perangai..Menurut kamus di kepala Missnara
   up-to-date membawa maksud "kematangan".(ayat Missnara)voc sikit..

2)GENIUS GIRL

   setiap anak dara perlulah bijak mengatur kehidupannya dan boleh handle segala situasi..
   bijak juga mengawal emosi.kiranya..anak dara perlu excellant dari segi IQ dan EQ..

3)TRULY BEAUTY

   tolong jangan tipu diri sendiri..setiap anak dara itu cantik..anak dara global juga perlu cantik dakemas       tetapi..menggunakan taktik-taktik bersih..Missnara rasa setiap anakdara tahu mengekpresikan kecantikan       masing-masing dengan cara..yg betul-betul andalah truly beauty..

4)GOOD SPIRITUAL

   tak guna kalau sukses macam mana pun kalau tak reti-reti nk ingat tuhan..maksud Missnara bukannye terperap dalam bilik asyik sembahyang je..Missnara tak suruh buat..perlu ada kekuatan rohani yang mntap sebagai benteng diri..buatlah benteng dari apa sekali pun..(dari straw pun x pe)

5)HAPPY GO LUCKY

  Senyum selau..tolong jangan cepat melatah bila ada masalah..nanti muncung-muncung mulut..Misnara sangkut hanger..perlu aktif dan ceria meskipun letih..optimis dalam apa tugas..

6)HEBAT DALAM SOSIAL

  pandai berkomunikasi..berkeyakinan..boleh berdikari..tlong jadi anak dara global yang bijak "bersosial"bukannya yang jadi ratu dalam"berso-sial"..fikir-fikir tu..

7)BE YOURSELF

  wahai anak-anak dara sekalian..tegas dalam buat keputusan hidup..jangan mudah cair seperti ais..tapi jadilah seperti aisberg di lautan Atlantik yang apabila dilannggar kapal Titanic tetap tidak cair..x perlu jadi "mak turut"(sedara pak turut) untuk mengubah personaliti diri menjadi orang lain..