Pages

Wednesday, January 22, 2014

Pembaharuan Blog Gentle Reminder from Missnara

Assalamualaikum readers !
Lama sudah Missnara menghilangkan diri..gara-gara kesibukan duniawi..
ohh plizzlah.. *flip hair

Pemberitahuan buat semua.
Blog ini tidak lagi menjadi hak milik Missnara sepenuhnya.
Banyak pembaharuan akan dilakukan di blog ini.
Blog ini akan digunakan untuk tujuan perniagaan tak lama lagi.
Namun setelah hasil musyawarah bersama,
Konsep perkongsian ilmu akan tetap diteruskan..

Missnara harap semua readers ok jer..
Selain menambah ilmu boleh juga kalau nak membeli -belah.
Huhu..gitteww

Sekian.

Saturday, October 19, 2013

morning post (meaningful pictures)


Assalamualaikum dan selamat pagi semua readers !
Mari berkongsi sedikit gambar untuk santapan minda di pagi hari.


 "...ia meninggalkan barang mainannya untuk mencium gambar ayahnya yang menghilangkan diri ketika dia masih kecil.

Dia tidak tahu ke mana ayahnya pergi dan meninggalkannya, dan kenapa ayahnya pergi. Dia seringkali memanggil nama ayahnya dan berharap ayahnya akan menjawabnya.
Cukuplah Allah bagi kami..."


Di sebalik kehancuran dan kebakaran yang dilakukan oleh pihak polis di Medan Rabaah, terselit sehelai mushaf Al Quran yang terselamat, yang tertera di atasnya ( kotak merah ) ayat Allah yang berbunyi :

" Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?

" Ingatlah bahwa sesungguhnya mereka adalah dalam keraguan tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah, bahwa sesungguhnya Dia Maha Meliputi segala sesuatu. "

sumber : Syabkah Nabd Ikhwan

Di negara aku telah mati orang yang tidak sepatutnya mati, di tangan orang yang tidak layak untuk hidup!



" Seorang kanak-kanak duduk di luar dan dia menangis perlahan sehingga seorang lelaki yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama bertanya, "Mengapa anda menangis sayang? ".

Kanak-kanak itu menjawab, "Saya telah makan roti berkulat selama dua minggu. Saya mahu makan Syawarma (sejenis kebab popular arab). Saya sudah tidak memakan makanan itu selama setahun" ..."


sedangkan ada orang mencuri nak makan nasi, dan beras yng ada kita bazirkan untuk kegunaan yang lain.Antara memenuhi tuntutan sebuah rekod untuk dicipta , biar dipandang gah oleh manusia dan keperluan asasi seorang manusia yang hanya ingin menghilangkan kelaparan.

Tuesday, August 20, 2013

Jenayah di stesen minyak terhadap wanita.

HARUS BACA !

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. 


Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.


Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. 
Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . 

Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

iklan : senyum


Pertama,

 wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua,
Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, 
Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam



stesen minyak di luar negara




Isu mahar Rendah atau tinggi : Bermaharkan Al-Quran

Assalamualaikum

Isu mahar, wang hantaran yang tinggi hangat diperkatakan di Malaysia.Mau tak terkejut dibuatnya, nak kahwin dengan perempuan berkelulusan ijazah kena cukup RM 50,000 dalam tangan! Kalau tak selamat jalanlah cik abang sayang! 

Missnara terjumpa satu kisah tentang seorang wanita bermaharkan hafazan Al-quran ! Masha-Allah..'


Hiba Ammar writes: 

When my father proposed to my mother… He dedicated Surah Al-Imran, which he memorized of heart, as her “Mahr” (dowry)

And when my husband proposed to me, my father told him that he would have to memorize a surah of the Quran as my mahr.. The wedding will not go on unless i’v received my mahr (that surah)

I was asked to pick one of the surahs… I chose Surah Al-Noor… For all the laws that Surah contained within it and for the fact that it seemed hard to memorize on my behalf.

And before our wedding day; aside of being busy preparing for our “Newly wedded Nest”… The Quran wouldn’t leave my husband’s hand an entire month as he was memorizing the surah…

A few day before our wedding day, my husband came to recite to my father the surah which he had completed.

My father told him every time u make a mistake, u would have to start from the beginning all over again :))

My husband began reciting surah Al-Noor with his calm/gentle voice in such a “beautiful” scene which I will never forget. My mother and I would look at one another and would smile awaiting my husband to make a mistake so he would have to start all over again and by that increase my “Reward”…

But my husband - May Allah bless him - had memorized the surah off heart and didn’t even forget one single verse of it.

Once he finished my father hugged him and said to him: “Today I shall marry my daughter to u for u have fulfilled her mahr.. and your pledge to me..”

He didn’t pay me a financial mahr… And we didn’t buy gold worth tens of thousands…

He sufficed me with Allah’s words as an oath/contract between us…

And the Question is…. I wonder what Surah my daughter will chose as her mahr in the future?
Subhan’Allah,such a wonderful example 




Ini betul! Missnara pernah mendengar satu keluhan seorang abang yang sedang mencari wanita nak dibuat bini."sepatutnya nilai solehah si wanita tidak tertnding dengan wang ringgit""

Betul apa? kemain minta beribu-ribu, konon anak dia dara dia belajar luar negara, best student lah, tapi  masak pun terkial-kial.Kemain lagi letak harga tinggi tapi perangai ya Allah (tepuk dahi).. tu belum alkisah yang dah tak suci.Bak kata si cik abang tadi ;"patutnya yang nak mahal-mahal tu , perempuan yang baik akhlaknya ke, terpelajar,jaga solat,tak pernah disentuh yang bukan ajnabi, hafaz quran ke, paling penting baik hatinya.."

memang berbaloi-baloi lahkan cik abang oii?





Apa-apa pun berbaliklah pada Al-quran dan As-sunnah.Kembali mengkaji Islam meletakkan kadar dan keadaan mahar itu bagaimana.Apa lah ruginya kalau sejam dua meluangkan masa membaca fatwa dan karangan para ulama' untuk dijadikan panduan dan bawa berbincang kedua belah pihak.

Alahai !
Kahwin sehari lagak macam jutawan, kemudian menjadi penghutang terhormat untuk menempuh alam rumah tangga pada sekian harinya.Pandai-pandailah merncana kewangan anda untuk sebuah perkahwinan.
Minta jauh..na'uzubillah.





Wanita pertama , Hawa isteri nabi Adam alaihissalam sendiri bermaharkan selawat !
Anak Rasulullah sollallahu'alaihiwassalam sendiri,saidatina Fatimah radhiyallahu'anhu menerima baju besi Saidina Ali karamallahuwajhah sebagai mahar perkahwinan. Baca sini

Ulama' dunia, Syeikh Yususf Al-Qaradhawi 
mengungkapkan bahawa Nabi SAW menikahkan puteri-puterinya selalu dengan mahar yang paling mudah dan paling ringan.

"Mereka tidak pernah menanyakan kekayaan calon menantu dan tidak menanyakan apa yang akan diberikannya kepada anaknya bukan barang dagangan yang diperjualbelikan" 

Kata Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, "Mereka adalah manusia. Kerana itu, si ayah atau wali hendaklah mencarikan manusia yang sepadan untuk anak perempuannya, iaitu manusia mulia : Mulia agamanya, mulia akhlaknya, dan mulia tabiatnya."


rujukan :Buku fatwa-fatwa Kontemporer (Gema Insani Press,1995)

Buat para anak dara sekalian, (eh kalau janda? ) kita atau kalian punya hak juga untuk menetapkan mahar perkahwinan anda.Anda juga berhak membuat tuntutan mahar perkahwinan anda sendiri bukan hanya mengikut teklunjuk ataupun paksaan pihak-pihak tertentu.

Seperti yang berlaku pada zaman Khalifah Umar Al-khattab pernah ditegur tatkala beliau berkhutbah
 "Bertaqwalah kamu kepada Allah, jangan kamu meninggikan mahar perkahwinan "
Buat yang akan, sedang dan telah membina baitul muslim, doa Missnara ,moga kalian dipermudahkan urusan oleh Allah.


Monday, July 29, 2013

Jutaan Bidadari menangis

Jutaan sang bidadari menangis minta dilindungi,
Mana pembela bidadari dunia ?
Sedangkan Rasulullah s.a.w berkali berpesan :
"Jagalah wanita ! "


Diskriminasi terhadap wanita Islam hanya kerana hijab?

Perancis :
Kerajaan Perancis berbangga menjadi negara pertama yang menolak pemakaian hijab di negara mereka.Malah satu operasi yang dinamakan "Burqa Ban "kononnya untuk membanteras gejala pemakaian hijab. Wanita muslim yang berhijab akan dikenakan denda !Kerajaan Perancis percaya pemakaian hijab ini mencetuskan sentimen agama dan 86 % rakyat Perancis bersetuju akan perkara ini !

Australia :
Hukuman penjara dijanjikan buat wanita islam yang berhijab apabila kerajaan Australia menetapkan undang-undang berkenaan.Malah Profesor Gary Bouma dari Monash Melbourne University percaya hijab menyukarkan wanita islam untuk mendapatkan pekerjaan!

Britain :
Dua orang pelajar Muslim dihalang daripada bersekolah kerana mereka telah memakai skaf kepala di sekolah.Kerajaan Britain juga bersikap dikriminasi apabila menganak tirikan sekolah Islam sebaliknya memberi dana bantuan buat sekolah Katolik dan Yahudi.

Kepulauan Caribbean :
Badan masyarakat Katolik, Anglican, Presbyterian, Pembaptis dan Hindu menyokong tindakan menghalang pemakaian hijab oleh pelajar islam di sekolah.Saudara-saudara muslim kita melawan kes ini di mahkamah.

Virginia, U.S  :
Seorang guru wanita telah dilucutkan daripada perkhidmatan apabila dia mula mengenakan hijab.Pada awalnya mahkamah bertindak memberikan guru wanita ini peluang kana tetapi keputusan ditarik semula.Sehingga kini kes ini masih dalam rayuan.

St.Paul, Minnesota :
Tayyibah Amatullah,seorang wanita islam telah ditahan kerana berhijab semasa membeli-belah.Beliau telah diberi kata dua oleh pihak polis sama ada menanggalkan penutup mukanya atau meninggalkan pusat beli-belah.Amatullah marah akan tindakan itu dan bertegas dengan keinginannya untuk tidak melihat lelaki dan tidak mahu disentuh sembarangan.Namun dia telah dibawa ke satu bilik kecil dan disaman. Pihak berkuasa menegaskan tindakan mereka terhadap Ayatullah atas dasar membanteras masalah jenayah dan orang awam tidak dibenar menutup muka mereka di tempat awam !

Belgium :
Undang-undang menghalang pemakaian hijab oleh wanita islam dicadangkan untuk dilaksanakan bukan sahaj di sekolah malah juga di hospital meliputi pelajar, guru dan doktor.

German :
Canselor  Gerhard Schroeder menegaskan bahawa tudung/hijab tidak mempunyai tempat dalam kerajaan termasuk guru-guru

Denmark :
Pusat dan gedung beli-belah memecat semuapekerja wanita islam yang berhijab.Pernah mahkamah memihak seorang pekerja wanita islam yang berumur 16 tahun untuk memakai hijab ketika bekerja,Perdana Menteri Denmark sendiri memberi ugutan akan menentang keputusan itu dan angkuh berkata : “The court decision in favour of a Muslim girl can have consequences. I will advise these girls not to wear these scarve "(Keputusan mahkamah memihak kepada gadis Islam boleh membawa kesan. Saya akan menasihati gadis-gadis tidak memakai tudung itu )

Itali :
Sebuah tadika memecat seorang guru Muslim wanita atas tindakannya berhijab dan mereka percaya itu akan menakutkan kanak-kanak.Liga Utara yang merupakan rakan kroni Berlusconi menhina guru wanita berkenaan dengan kenyataan, “If someone comes from the jungle and is used to going around dressed like Tarzan, they can do it there, but not here." (Jika seseorang keluar dari hutan dan berpakaian seperti Tarzan, mereka boleh lakukannya tapi tidak di sini )

Syria :
Seorang muslimah telah dizalimi oleh tentera Basyar Laknatullah dengan ditinggalkan telanjang di tengah jalan.Sebelum itu muslimah itu telah diperkosa 100 tentera.Dia dibiarkan kesejukan di atas jalan. Sementara itu pihak tentera memperkosa wanita sunni sesuka hati walaupun di kawasan terbuka.

Sungguh Ya Allah kuatkan iman para muslimah...


Perasan tak gugurlz semua, hari ini aurat kita diusik oleh musuh Islam dari jauh atas kerelaan kita sendiri.
Fikirkan..
Akhir zaman ini, wanita islam ini sudah tidak mampu menjaga kehormatan dirinya,
begitu juga lelaki islam sudah tidak gagah lagi membela muslimah yang dizalimi,
Salah siapa kalau islam itu sendiri umat dagangkan ?


Ini kisah para sahabat sanggup mati demi mempertahankan aurat seorang muslimah.

KISAH MUSLIMAH DAN YAHUDI DI PASAR BANI QAINUQA

’Abdullah bin Ja’far bin Al-Miswar meriwayatkan kisah tentang sebuah perjuangan menjaga maruah dan aurat Muslimah. 

Pada suatu hari, terdapat seorang perempuan Arab Muslimah pergi ke pasar Bani Qainuqa’ membawa barang jualannya, lalu duduk berdekatan dengan seorang tukang emas berbangsa Yahudi.
Kemudian datang beberapa orang Yahudi mengepung dengan… tujuan mengganggu perempuan tersebut.

“bukalah penutup mukamu,” kata sekumpulan orang Yahudi tersebut.
Perempuan itu lantas mempertahankan maruahnya: “Tidak!”

Si tukang emas yang berada berdekatan dengan perempuan tersebut secara diam-diam memegang hujung kain perempuan itu, lalu disimpulkannya hingga ke bahagian belakang badannya ketika wanita Arab itu tidak menyedarinya . apabila perempuan itu bangun, maka terdedahlah auratnya. 
Apa lagi , orang Yahudi ketawa terbahak-bahak.
“Ha….ha….ha… padan muka kamu!”
Lantas perempuan itu menjerit: “Tolong….tolong!”

Tiba-tiba datang seorang lelaki Muslim yang menyerbu tukang emas tersebut, lalu membunuhnya. Orang Yahudi yang melihat kejadian itu segera bertindak balas dengan membunuh lelaki Muslim tersebut.
Keluarga lelaki Muslim itu mula menjerit memanggil orang Islam untuk bertemu orang Yahudi tersebut. Maka berlaku pergaduhan antara mereka dengan Bani Qainuqa’.

 (Ibn Ishaq, al-Sirah al-Nabawiyyah)

Adakah kini kita menghadapi situasi seperti yang dihadapi oleh wanita Arab Muslimah tersebut? Jawapannya, tidak. Malah sebaliknya wanita kini mendedahkan aurat atas dasar sukarela, “ikhlas” dari hati mereka.

Berdasarkan kisah di atas, wanita dan lelaki berperanan mempertahankan maruah (dalam konteks ini aurat). Wanita perlu memahami syariat, lantas menyambutnya dengan hati terbuka dalam bentuk amalan (praktikal).
Bagi lelaki pula,jangan sesekali menjadikan wanita sebagai objek pelaris dalam apa-apa sahaja promosi. Demikian juga peranan seorang suami, ayah, abang, termasuk juga lelaki secara umum, nasihatlah wanita yang berada di bawah jagaan mereka agar menitikberatkan penjagaan aurat sebaiknya.

Wallahua’lam. Petikan dari Majalah Solusi siri 41 di bawah tajuk “Tutup Aurat 


Personaliti melalui bentuk kaki



Menurut bentuk gaya Arabic 1 : 

*Mempunyai sifat survivor didalam diri dan tidak mahu mengalah . 

*Suka melakukan kerja dengan pantas dan secara bersistem supaya tampak lebih teratur .


 *Bersifat pemimpin didalam diri . 


*Seorang yang berterus terang tetapi didalam hati ada taman,


 *individu yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan merupakan seorang pemikir 


yang bijak .





Menurut bentuk gaya Roman 2 :


 *Seorang yang mudah berkawan,

* sangat emosi jika menyentuh hal bab keluarga 


*mempunyai impian yang besar tetapi


* memerlukan orang dibelakang untuk membantunya .


*Seorang yang bersifat cool dan lebih suka membuat hal sendiri .





Menurut bentuk gaya Greek 3 : 


*Merupakan seorang pelaksana kerja yang paling baik dan

* tidak mudah putus asa,


* mempunyai kemahiran yang tinggi didalam sesuatu kerja .


* Mempunyai ilham, kreatif dan merupakan seorang insan yang berseni tetapi bakat 


terpendam .


* Keperluan membina diri untuk lebih maju, hidup penuh dengan impian dan idea tetapi 


tidak dilaksanakan .



Pesan Missnara : Ini mungkin cuma kajian psikologi sahaja.Anda punya hak untuk 

mempercayai atau tidak dan ia juga berkemungkinan benar ataupun tidak.

Thursday, July 25, 2013

Why muslim women won't shake hand with men?






ENGLISH MAN : Why Muslim women are not allowed
in Islam to shake a hand with men?


MUSLIM SCHOLAR : Could you take the hands of
Queen Elizabeth in your hands?


ENGLISH MAN : Of course not. Only certain people
are allowed to shake hands with the Queen.


MUSLIM SCHOLAR : Our ladies are Queen and the
Queen won’t shake hands with strange men.



********************

Buat sahabat Missnara yang tidak fasih berbahasa Inggeris, Missnara terjemahkan...




LELAKI INGGERIS : Kenapa wanita islam tidak dibenarkan 
bersalaman dengan para lelaki?


ULAMA' ISLAM : Boleh anda bersalam dengan Queen Elizabeth?

LELAKI INGGERIS : Oh,sudah tentu tidak boleh! Hanya orang 
tertentu sahaj boleh bersalam dengan Queen.

ULAMA' ISLAM: Wanita islam pada kami ialah seorang Queen 
dan Queen tidak boleh bersalaman dengan lelaki asing.


*Queen-Permaisuri-Queen Elizabeth kiranya macam Yand Di-Pertuan Agong ..
*Lelaki asing -merujuk kepada lelaki yang bukan mahram/lelaki ajnabi/ boleh dikahwini




and for everyone either you are muslim or not, or maybe you are not really preferred the hijab and strongly opposed on it...

watch this :

Why do Muslim women wear Hijab?

and me myself already post something on this issue.. :click here
and how muslim women can do anything even  they wear hijab : click here