Pages

Friday, November 16, 2012

Bahaya letak gambar di facebook !

assalamualaikumwarahmatullah!

Laman facebook hari ini bagaikan sudah menjadi laman pertandingan ratu cantik pula ye..
semua orang berlumba-lumba meng'upload ' gambar yang tercantik dalam koleksi..



takut tak ada orang nak add kalau tak cantik?
percayalah , nilai perkenalan/persahabatan/percintaan yang memerlukan DP seseorang itu nak cantik je...
satu nilai ukhuwwah yang amat murah dan mungkin... tidak kekal lama..

saat ramai anak dara  yang menjadi model tidak bertauliah,
tanpa kita sedari ada sang Adam yang berpenyakit hati...


Missnara mula-mula pun agak tak faham, apa benda semua ini,
apabila rakan facebook memberikan page group berkenaan,
Astaghfirullah! rasa nak cekik je orang lelaki yang ada dalam group tu..
anyway, perempuan pun bersalah kan?

" alah , I private gambar la."
sesungguhnya, amat mudah nak break password dan curi gambar seseorang di facebook..
Missnara baru diajar kut..



Readers yang disayangi sekalian,
Hawa itu diciptakan punya sembilan nafsu.. tu yang suka emas, baju cantik, pinggan mangkuk, kasut, aksesori dan banyak lagi.. namun akalnya hanya satu.. 

sedangkan Adam itu diciptakan punya sembilan akal namun nafsunya satu
Nafsu yang satu itu tak lain tak bukan adalah wanita.


dulu Missnara pernah berkawan dengan rakan yang mengalami masalah sosial
dia suka keluar dengan waktu malam dengan lelaki,setakat pergi clubbing tu biasalah..
dan dia ada bercerita, dalam satu hari lelaki mampu terangsang sehingga 37 kali !
terkejut..???
tapi ingat jugalah ye malaikat Izrael intai kita pun 7 hari sekali tau !

berkongsi pengalaman lagi,
Cikgu KHB  pernah bercerita pada Missnara tentang perbualanya dengan seorang Ustaz,,
ustaz kata, "cikgu, kenapa susah sangat anak-anak dara cikgu ni nak tutup aurat dengan sempurna,
tak tahu ke orang lelaki ni,tengok tangan perempuan putih sikit pun dah rasa...(........).."

take note: All men are same! ustaz atau tidak ,fitrahnya semua diciptakan sama.



wahai semua wanita,
kerana awak semua cantik dan terindah Allah hadiahkan perintah berhijab untuk menjaga kita..

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani."

                                                      Al-ahzaab : 59


take care awak !

No comments:

Post a Comment

apa komen anda???