Pages

Saturday, May 12, 2012

kalau lalat jatuh dalam air..

assalammualaikum semua !!!

Missnara nak cerita kat you all semua, apa yang patut kita buat kalau lalat masuk dalam air..
nak ke kau minum lagi ???

perasan tak?
kalau seekor semut jatuh dalam air,kita biasannya akan buang semut sahaja
dan air itu kita akan minum semula.


tapi...

kalau seekor lalat jatuh dalam air , kita biasannya terus buang semua air!!!

haisy, jahilnnya kita..


bukan gitu ye cik adik...

kalau semut masuk dalam air , kita digalakkan fikir dua kali nak minum air itu semula
sebab makanan yang telah dicemari semut akan menyebabkan kita mudah lupa.

kenapa ???

badan semut mengandungi kandungan asid yang tinggi..

kalau lalat jatuh dalam air, kita kena tenggelamkan seluruh badan lalat dalam air dulu,
kemudian baru keluarkan lalat tersebut.

kenapa?
lalat ini bila dia masuk dalam makanan manusia dia akan letak kaki kiri yang mengandungi racun,
jadi makanan kita tercemar.Sedangkan kaki kanannya mengandungi sejenis penawar.Itu yang kita pakat dok tenggelamkan dia sebelum dikeluarkan semula.
Jangan risau air itu dijamin selamat !!!

Missnara tak main tipu-tipu, Rasulullah s.a.w yang kita sayangi juga yang ajar.


Kisah lalat diceritakan dalam hadis nabi Muhammad S.A.W, pada suatu hari nabi bersabda yang bermaksud, “jika seekor lalat jatuh ke dalam minuman kamu, rejamkannya ke dalam air. Satu sayapnya mengandungi racun manakala satu sayap lagi mengandungi penawar.” (Hadis riwayat Bukhari, bilangan 537, jilid 4). Perkara yang sama dicatatkan juga dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad, Abu Daud, at-Tahawi, Said bin Khalid dan Thumamah ibn Abdullah ibn Anas.


MARI BUAT EKSPERIMEN
Dr. Gyath Hassan Al-Ahmad di dalam bukunya At-Tibb An-Nabawi fi Daw Al-‘Ilm Al-Hadith(Perubatan Kenabian dalam Sains Moden) melaporkan bahawa Dr. Nabih Da’ish menjalankan eksperimen di Universiti Raja Abdul Aziz, Riyadh. Dr. Nabih menyediakan sampel sepuluh kultur bakteria daripada air steril yang dimasuki lalat tanpa menyelamkan lalat. Sepuluh sampel yang ditenggelamkan lalat sekali, dua dan tiga kali masing-masing. Kemudian kesemua 40 sampel diperhatikan kandungan bakteria. Hasilnya, beliau mendapati koloni bakteria berkurang apabila jumlah selaman meningkat. Air yang tidak diselam lalat mengandungi paling banyak bakteria, manakala air yang diselam lalat sebanyak tiga kali mengandungi bilangan bakteria paling sedikit. 

Selain itu, sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Jamaal Haamid dari Jabatan Mikrobiologi Perubatan, College of Science Qassim University menjalankan kajian penentuan jenis bakteria yang terdapat pada sayap lalat. Beberapa spesies lalat diambil untuk kajian. Dua piring petri diletakkan air steril, lalat dijatuhkan dalam piring kedua tanpa menenggelamkannya. Sebaliknya lalat dijatuhkan dan ditenggelam sepenuhnya dalam piring pertama. Hasil kajian mendapati lalat yang dikaji mempunyai bakteria E. Coli sp. (baca 'e-kolai') yang diperoleh dalam piring petri kedua. Manakala dalam piring petri pertama, sejenis antibiotik Aktinomiesis (Actinomycis) diekstrak. Antibiotik ini merupakan antigen dalam sistem imun yang memusnahkan fungsi bakteria yang bertindak selaku patogen.

Penemuan yang menarik ini menentusahkan kehadiran racun dan penawar yang terdapat pada kedua-dua sayap lalat. Kajian oleh kumpulan Dr. Jamaal juga mengambil kira speasis lalat selain lalat rumah. Keputusan menujukkan walau pun jenis bakteria yang dimiliki berbeza, jenis antibiotik tetap sama. Antara jenis bakteria yang diperoleh dalam kajian ini termasuklah Staphylococcus sp.,Salmonellas sp., Proteus sp., dan Coynibacterium Dephheroid



 Antigen – Antibodi yang menjadi agen perencat kepada keaktifan virus dan bakteria yang menyerang sistem tubuh. 


 Patogen – Bendasing yang hadir dalam bentuk bakteria atau virus yang mengganggu sistem pertahanan tubuh. 
 

Kultur – proses pembiakan bakteria yang digunakan dalam bidang biokimia, bioteknologi dan perubatan

Steril – bebas daripada sebarang bakteria atau bendasing.





islam terbaik !!!



No comments:

Post a Comment

apa komen anda???