Pages

Thursday, May 24, 2012

Tudung bukan mainan !


ha, pe komen anda untuk gambar ni???
terkejut?
marah?
terkedu?


sebagai wanita biasa, mestilah Missnara akan terkejutkan..terkedu sekejap depan komputer ni..
kawan Missnara cik Sab tu memang bikin panaslah kat facebook bila dia post gambar ni..
haisy..check balik..

Kita BENGANG orang wat isu AURAT seperti ini..naik tegang URAT kita..
If the GIRL tu ISLAM, lagilah kita naik angin kan?

"pe masalah minah ni?"then kita mesti mencarut macam-macam pada dia..

If LELAKI di sebelah tu ISLAM, Missnara fikir "pe hal lah tak tegur awek dia tu?"

IF BOTH THEM ARE NON-MUSLIM...
kita mesti rasa tercabar..
time nilah baru sedar yang kita sayang agama kita kan?

missnara pelik orang kat kiri kanan tu wat biasa je..




Adik : abg tahu tak bila perempuan yg TAK SUKA TUTUP AURAT mula menutup auratnya dgn sempurna?
Abg : masa haji kot adik,
Adik : salah...cuba teka lagi,
abg : masa kawin???
Adik : Salah jugak, teka la lagi
Abg : apa dia dik?? abg tak tahu la.
Adik : tadi ustazah cakap kat sekolah , perempuan yang tak suka menutup auratnya akan menutup auratnya dengan sempurna apabila dia
DIKAFANKAN.. maka akan TUTUP BUAT SELAMA-LAMANYA.

***PAKAI TUDUNG TAK WAJIB TAPI TUTUP AURAT TU WAJIB BAGI SEMUA WANITAISLAM !

betul tu..

yang TUTUP AURAT semestinnya BERTUDUNG..
tapi..
yang BERTUDUNG tak semestinnya menutup aurat ..
keep the words ladies!!!



hmm..dia tak puas hati kenapa kena pakai tudung ?
take 2 minutes ..click gambar atas ni..




kalau tengok citer Hindustan mesti you all semua teruja tengok pelakon yang handsome2 and tarian yang gracefully atau pun lagu yang cheerful..
wahai adik manis... (bangla jual karpet di Nilai kata camtu kat Missnara)
sini dengar saya cakap..tara tipu-tipu..

Nak tengok movie papepun...orang Islam mesti pandai ambil Ibrah (pengajaran)..



ada satu part dalam Filem My Name Is Khan berkata tentang Hijab :

"my obsecure is not mt religous symbol,

but my obsecure is my existance"

"hijab saya bukan simbol agama saya, tapi hijab saya tanda kehadiran saya.."




Saturday, May 12, 2012

kalau lalat jatuh dalam air..

assalammualaikum semua !!!

Missnara nak cerita kat you all semua, apa yang patut kita buat kalau lalat masuk dalam air..
nak ke kau minum lagi ???

perasan tak?
kalau seekor semut jatuh dalam air,kita biasannya akan buang semut sahaja
dan air itu kita akan minum semula.


tapi...

kalau seekor lalat jatuh dalam air , kita biasannya terus buang semua air!!!

haisy, jahilnnya kita..


bukan gitu ye cik adik...

kalau semut masuk dalam air , kita digalakkan fikir dua kali nak minum air itu semula
sebab makanan yang telah dicemari semut akan menyebabkan kita mudah lupa.

kenapa ???

badan semut mengandungi kandungan asid yang tinggi..

kalau lalat jatuh dalam air, kita kena tenggelamkan seluruh badan lalat dalam air dulu,
kemudian baru keluarkan lalat tersebut.

kenapa?
lalat ini bila dia masuk dalam makanan manusia dia akan letak kaki kiri yang mengandungi racun,
jadi makanan kita tercemar.Sedangkan kaki kanannya mengandungi sejenis penawar.Itu yang kita pakat dok tenggelamkan dia sebelum dikeluarkan semula.
Jangan risau air itu dijamin selamat !!!

Missnara tak main tipu-tipu, Rasulullah s.a.w yang kita sayangi juga yang ajar.


Kisah lalat diceritakan dalam hadis nabi Muhammad S.A.W, pada suatu hari nabi bersabda yang bermaksud, “jika seekor lalat jatuh ke dalam minuman kamu, rejamkannya ke dalam air. Satu sayapnya mengandungi racun manakala satu sayap lagi mengandungi penawar.” (Hadis riwayat Bukhari, bilangan 537, jilid 4). Perkara yang sama dicatatkan juga dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad, Abu Daud, at-Tahawi, Said bin Khalid dan Thumamah ibn Abdullah ibn Anas.


MARI BUAT EKSPERIMEN
Dr. Gyath Hassan Al-Ahmad di dalam bukunya At-Tibb An-Nabawi fi Daw Al-‘Ilm Al-Hadith(Perubatan Kenabian dalam Sains Moden) melaporkan bahawa Dr. Nabih Da’ish menjalankan eksperimen di Universiti Raja Abdul Aziz, Riyadh. Dr. Nabih menyediakan sampel sepuluh kultur bakteria daripada air steril yang dimasuki lalat tanpa menyelamkan lalat. Sepuluh sampel yang ditenggelamkan lalat sekali, dua dan tiga kali masing-masing. Kemudian kesemua 40 sampel diperhatikan kandungan bakteria. Hasilnya, beliau mendapati koloni bakteria berkurang apabila jumlah selaman meningkat. Air yang tidak diselam lalat mengandungi paling banyak bakteria, manakala air yang diselam lalat sebanyak tiga kali mengandungi bilangan bakteria paling sedikit. 

Selain itu, sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Jamaal Haamid dari Jabatan Mikrobiologi Perubatan, College of Science Qassim University menjalankan kajian penentuan jenis bakteria yang terdapat pada sayap lalat. Beberapa spesies lalat diambil untuk kajian. Dua piring petri diletakkan air steril, lalat dijatuhkan dalam piring kedua tanpa menenggelamkannya. Sebaliknya lalat dijatuhkan dan ditenggelam sepenuhnya dalam piring pertama. Hasil kajian mendapati lalat yang dikaji mempunyai bakteria E. Coli sp. (baca 'e-kolai') yang diperoleh dalam piring petri kedua. Manakala dalam piring petri pertama, sejenis antibiotik Aktinomiesis (Actinomycis) diekstrak. Antibiotik ini merupakan antigen dalam sistem imun yang memusnahkan fungsi bakteria yang bertindak selaku patogen.

Penemuan yang menarik ini menentusahkan kehadiran racun dan penawar yang terdapat pada kedua-dua sayap lalat. Kajian oleh kumpulan Dr. Jamaal juga mengambil kira speasis lalat selain lalat rumah. Keputusan menujukkan walau pun jenis bakteria yang dimiliki berbeza, jenis antibiotik tetap sama. Antara jenis bakteria yang diperoleh dalam kajian ini termasuklah Staphylococcus sp.,Salmonellas sp., Proteus sp., dan Coynibacterium Dephheroid



 Antigen – Antibodi yang menjadi agen perencat kepada keaktifan virus dan bakteria yang menyerang sistem tubuh. 


 Patogen – Bendasing yang hadir dalam bentuk bakteria atau virus yang mengganggu sistem pertahanan tubuh. 
 

Kultur – proses pembiakan bakteria yang digunakan dalam bidang biokimia, bioteknologi dan perubatan

Steril – bebas daripada sebarang bakteria atau bendasing.





islam terbaik !!!