Pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan “Dunia Hiburan” dan “Dunia Sukan” sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam.
Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis islam untuk dijadikan mangsa.
Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan Kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka Kristian serta diberi tunjuk ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis Melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka.
1-mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis Islam, sama ada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga.
2-mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis Islam ini.
“Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?”,
“Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak”,
“Saya tertarik dengan tingkah laku awak”.
“Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi”
3-Si gadis mula berasa kasihan dan ingin membantu si jejaka mengenali islam dankalah dengan "keikhlasan yang ditunjukkan"
4-Apabila si jejaka merasakan si gadis telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu “gentleman” sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persahabatan mereka, cubaan “ringan-ringan” pun tidak ada.
5-si gadis telah mula ada perasaan cinta,dan si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan”langkah sebenarnya” yang pertama. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis ternoda. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.
6- Perbuatan zina ini akan berlaku lebih daripada sekali kerana perangkap akan betul-betul mengena sekiranya si gadis hamil luar nikah.
7-Si jejaka kononnya akan bertanggungjawab diatas perbuatan mereka
“Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama”
8-Memanipulasi akidah si gadis.
“Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara.Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa.
Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak diluar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya.”
9-Penyelesaian secara Kristian.
“Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan di hadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam)yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita.”
10-Ketakutan dan kebuntuan yang melanda si gadis akan menyebabkannya kecundang ke tangan kristian.
Ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) di pejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.
Missnara>>Adakala percintaan boleh menjerat ke arah kehinaan.Bagi Missnara anak-anak dara global perlulah lebih berhati-hati ketika menghadapi semua lelaki yang pernah hadir dalam hidup kita apatah lagi untuk satu perhubungan yang lebih serius.Fakta ini diperolehi daripada ceramah Dr.Rubiah Kulup Hamzah