Pages

Saturday, December 17, 2011

Cinta di Tanjung Rambutan

Bila sebut Tanjung Rambutan,mulalah semua terbayang-bayang orang gila.Isy..isy..begitulah mind-set kebanyakan orang kan? tapi untuk makluman readers semua..missnara bila cakap pasal Tanjung Rambutan teringatkan satu cerita yang selalu Missnara fikir-fikirkan....

Alkisah bermula apabila seorang penceramah bercerita semasa majlis Restu Ilmu di sekolah Missnara.Kalau tak salah sewaktu itu Missnara berusia 14 tahun..
hahaha...muda gitu..let's begin the story...

tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian..baru-baru ini saya baru pulang dari melawat Tanjung Rambutan.
( hadirin tersenyum) ya, memang di situ kita akan menemui insan-insan yang berada di dalam dunia mereka sendiri.Namun percaya atau tidak disitulah saya menemukan sebuah kisah cinta yang menarik.
saya namakan insan yang saya temui sebagai Raziff.Usiannya muda.Baru sahaja 27 tahun.Melihatkan raut wajahnya jelas terpancar usiannya yang muda.Perlahan-lahan saya menghampiri Raziff , saya bertanya:
"anakku bagaimana kau boleh berada di sini?".Buat pengetahuan semua, Raziff merupakan pelajar cemerlang di sebuah universiti tempatan yang ulung di negeri Selangor.



3 tahun lalu....

Nabila dan Raziff saling mencintai antara satu sama lain.Cinta mereka amat kuat dan mendalam.Janji sehidup semati dipateri kukuh.Namun apakah daya, cinta yang dipegang utuh ..akhirnya bertukar ikatan derita yang membunuh hidup mereka.Cinta dua darjat .Mungkin itu yang sesuai buat mereka berdua.

Mana tidaknnya, Razhiff sekadar anak nelayan yang tinggal di perkampungan miskin di Terengganu.Apatah lagi, Razhiff sudah kematian bapa.Sedangkan Nabila anak seorang imam yang mendapat kedudukan terhormat dalam masyarakat.Biarpun sekadar orang biasa, namun keluarga Nabila boleh tahan materialistiknya.tak percaya?...meh sambung cerita.....

Suatu ketika, setelah tamat belajar, Razhiff yang amat merindui Nabila datang menemui Nabila di rumahnnya.Nabila juga amat merindui Razhiff.Namun apakah daya dia dikongkong ketat oleh ayahnya.
" You, please lah datang jumpa I.I betul-betul diikat tau di rumah ni!,Razhiff I sakit rindukan you !"
"me too..Nabila.You tunggu I datang ye!"


Setelah mengharungi perjalanan yang panjang dengan menaiki bas dari Terengganu , akhirnya Raziff tiba di rumah buah hati pengarang jantungnya , Nabila di Johor nun jauh tu.Sewaktu dia sampai ayah Nabila, 
Imam **** sedang mencuci kereta. Razhiff memberi salam.Namun setelah merenung Razhiff buat seketika , barulah Imam menjawab salam.Kemudian dia terus menyambung cuciannya tanpa mempedulikan Razhiff.
" Pak cik, Nabila ada?",tanya Razhiff penuh sopan.
Imam merenung tajam, " Kau ni siapa?"
(soalan yang dijawab dengan soalan )
Razhiff tenang sambil tersenyum, " saya Razhiff, kawan Nabila semasa universiti.Nabila yang suruh saya datang.Lagipun, dah lama saya tak jumpa dia."
"Kau datang dari mana ?"
"Saya orang Terengganu, duduk di Kampung Nelayan"
"oh, anak nelayan la ni. Bapa kerja nelayan?"
" ya , pakcik. Ayah nelayan tapi ayah dah lama meninggal"
"Kau ada kereta apa?"
Razhiff terdiam." Saya belum kerja lagi pakcik.Masih mencari.Motor biasa adalah."
"Rumah papan ke batu? banglo?"
"Rumah saya biasa je pakcik.Rumah papan tepi laut"

Imam terus mencuci kereta." Pakcik , Nabila ada?",tanya Razhiff lagi.
"Nabila tak ada!.kau balik jelah.".Agak tinggi suara pak Imam.
"Tak apalah, pak cik.Nanti kalau Nabila balik pakcik kirim salam dan beritahu dia kalau saya dah datang."
Tiada respons dari Pak Imam.Tiba-tiba....
"Kau tak usah lagi datang sini lagi.Kau tak layak nak kawan dengan anak aku.Cermin-cermin sikit kau tuh"
Hancur luluh hati Razhiff.Langkah demi langkah diatur sedaya mungkin meninggalkan rumah Nabila dan Nabila yang dicintainnya.

............................................................................................................................................
"Abah, siapa tadi yang datang ? "
"Taklah.Tak ada siapa-siapa pun."
"Ada tak kawan Nabila datang? Nama dia Razhiff?"
"Tak ada! Dah, kau pergi masuk masak !"

Sedih Nabila.Namun semua itu tak lama.Razhiff menghubunginya memaklumkan keadaan sebenar.Nabila cukup kecewa dengan bapannya.Sampai hati bapannya menghina Razhiff.

Suatu hari, selesai solat Zohor datang sebuah kereta ke masjid.Kereta Mercedes.Kemudian keluarlah seorang lelaki berkulit hitam kemas berjubah , berkaca mata hitam.Tasbih dipegang erat. Serban dipakai kemas.Mulut terkumat-kamit berzikir.Sekali pandang tahulah kaya punya orang.Alim lagi tu.
"Assalamualaikum!'
"waalaikumussalam!" sambil terlopong pak Imam menjawab.
Dipendekkan cerita...rupa-rupannya lelaki Negro ni ahli perniagaan yang amat berjaya.Perniagaannya banyak cawangan.Berpuluh-puluh cawangan dia ada.Income sebulan 5 figure tau !

Pak Imam ni berbesar hati menjemput si Negro ni makan tengahari di rumahnnya.Kononnya di rumahnnyalah makanan Melayu terbaik boleh didapati.
Di rumah, Nabila yang menghidangkan lauk-pauk semua tu.Amboi, bukan main lagi tersenyum 'siput-siput '
malu si Negro tu.Ya , ada cinta yang berputik.Namun ianya hanya sebelah tangan.Berbunyi???


Makin dipendekkan cerita.Si Negro ini meminang Nabila dengan ratusan ribu ringgit tunai sebagai wang hantaran.Kirannya pak Imam ni boleh pergi haji 10 kali bila-bila dia suka.Nabila merayu, memohon ,meminta dan meronta agar dia tidak dinikahkan dengan si Negro.Nabila merayu kerana dia amat mencintai Razhiff. Razhiff yang gigih bekerja bagi melamar Nabila terkesima.Janji yang diikat kukuh menjadi kekuatan Nabila dan Razhiff.Razhiff sedaya upaya berjanji akan segera datang menemui Nabila.

Saat hari Nabila akan dinikahkan, Nabila dan si Negro dinikahkan dalam suasana yang meriah.Razhiff telah dihalau dan dipukul oleh anak buah si Negro bagi menghalang dia daripada merosakkan majlis.Jeritan Nabila bagaikan terpasung dalam keriakan ayahnya sendiri.Tangisannya bagaikan dituli oleh limpahan materialistik.Razhiff pula cedera dimasukkan ke dalam wad.Pedihnya cinta ini??


Sudah dua minggu di rumah Nabila, Si Negro meminta izin Pak Imam untuk membawa Nabila pulang ke kampung halamannya di Afrika. Katannya untu menemukan Nabila dan keluargannya pula.Pak Imam tanpa banyak soal mengizinkan saja.Jutaan ringgit ditinggalkan buat pak Imam.Menangis hati dan jiwa Nabila. Hanya si ibu yang memahami minta dikirimkan kerinduannya pada Nazhiff.
Laranya jiwa Allah yang tahu.



Sampai -sampai Nabila tidak berada di bumi Afrika.Sebaliknya dia berada di Los Angales!
Suaminnya yang sealim-alim insan bertukar 180 darjah.Tiada lagi jubah dan serban yang sering dipakainnya.Semuannya bertukar kepada jeans berjenama dan memakai rantai.Tiada lagi tasbih di mulut melainkan maki hamun.Si negro itu memang ahli perniagaan  berjaya.Namun dia sebenarnya merupakan ahli kumpulan Mafia terbesar dan paling dikehendaki di Los Angales.Nabila terkejut dan marah akan penipuan itu.Dan bermulalah episod duka dan derita buat Nabila.Masakan tidak, Nabila tinggal bukan di rumah banglo, sebaliknya khemah pelacuran yang mana dia bagaikan kain buruk yang menjadi pelempias nafsu mafia-mafia durjana.Keganasan mafia-mafia hanya tuhan yang tahu.Nabila sakit dan derita.Namun tiada siapa mendengar.Tahun demi tahun ,Nabila terseksa dalam neraka itu.Nabila kini sudah punya dua anak yang tidak diketahui bapannya yang mana satu. Ya, kejam!!! kejam!!!

Nabila pernah ditawar menggugurkan bahkan membunuh anaknnya.Iman yang bersisa dalam dirinnya menguatkannya untuk menolak kemunkaran itu.Naluri keibuannya utuh menyayangi anak-anaknya.Impiannya tinggi ingin membawa anaknnya keluar dari lembah derita itu.Bayangkan saja, sewaktu dia baru sahaja 3 hari melahirkan anak keduannya.dalam kesakitan melahirkan yang masih berbisa, dia terpaksa memuaskan nafsu insan berhati binatang.Masih sakit bersalin lagi !!!
Wanita-wanita yang lain turut menderita sepertinnya.
Nabila tekad ingin pulang ke Malaysia mengenangkan  masa depan anak-anaknya.



Senyap-senyap Nabila keluar pada waktu malam ke universiti berhampiran.Dia mengemis wang dan dikumpul untuk pulang ke Malaysia. Kisahnya sedih tatkala dia disepak-sepak oleh pelajar-pelajar di sana termasuk rakyat Malaysia!!!Dia tak ubah sampah yang dihina begitu sahaja tanpa belas kasihan.Namun, hadir seorang lelaki berbangsa cina warga Singapura membantunnya mendapatkan satu tiket ke Malaysia.
Kegembiraan Nabila tidak tergambar.Rindunnya pada tanah air tidak terucap.Apatah lagi pada Razhiff.Anak-anaknya dititp pada seorang wanita yang senasibnya.Dia pulang ke Malaysia  dengan linangan air mata kesyukuran yang tidak terhingga. Dia sedar dia perlu mencari sinar baru.Kampung Nelayan tempat tinggal Razhiff ddestinasi yang dituju.Tangisan dan linangan air mata Nabila dan Razhiff menjadi saksi pertemuan mereka.Mak Leha, ibu Razhiff tumpang gembira kerana derita anaknyamenanggung rindu terubat.Episod demi episod derita diluahkan pada Razhiff dan Mak Leha.Segala kedukaan diubati keluarga nelayan itu.Nabila tekad menyampaikan impiannya menyelamatkan insan yang tidak berdosa di khemah pelacuran itu.Hatinya tenang buat seketika.Dia tahu cuma Razhiff yang mempercayainnya.





Seminggu di Terengganu, ketenangan Nabila tidak lama apabila dia mendapat surat ugutan beserta tiket pulang ke Los Angales. "Baik kau pulang kalau kau mahu anak kau selamat! Jangan cuba hubungi sesiapa"
Ya Allah dia diintip.Berat hatinya ingin meninggalkan nikmat bersama Mak Leha dan Razhiff.Namun , naluri keibuannya juga kukuh meronta ingin melindungi anak kesayangannya.Puas Razhiff merayu agar dia tidak pulang semula ke Los Angales kerana semua tahu pemergian ini tidak menjanjikan kepulangan Nabila lagi.
"You pedulikan saja Nabila!Mereka akan bunuh you!.You tinggal di sini dengan I.Nanti I akan tolong you ambil balik anak you!" rayu Razhiff tak ingin berpisah lagi.
"You tak tahu siapa mereka! I ni ibu Razhiff. I sayangkan anak-anak I.I tak mahu apa-apa jadi pada anak I.I buat semua ni untuk anak I..Please biarkan I pergi."
Tangisan mereka menyayukan sesiapa sahaja yang melihat.Mak Leha yang memahami gejolak keibuaan Nabila menenangkan  Razhiff.Perpisahan ini amat menyakitkan namun ia keputusan yang harus dibuat.
"Nabila fikirkan tentang diri you.I tak mahu you menderita lagi.Please jangan pergi!I SAYANGKAN U"
" I tak boleh Razhiff ! I kena pergi..doakan I Razhiff.."




Lapangan Terbang Sultan Mahmud menjadi saksi perpisahan dan penderitaan ini. Mak Leha sendiri tak betah menahan air matannya. Razhiff bagaikan hilang kekuatan merelakan pemergian ini.Sekali lagi tangisan menjadi saksi perpisahan ini.ya, perpisahan tanpa jani untuk sebarang pertemuan lagi.Nabila dengan penuh seksa meninggalkan Razhiff dan Mak Leha menyahut tuntutan sebagai seorang ibu.Tak lupa dia menitipkan khabar buat ibu bapannya kepada Mak Leha.




Kini sudah bertahun lamannya Nabila tidak kembali tanpa sebarang berita.Tiada siapa tahu apakah dia hidup atau mati.Razhiff hidup dalam duniannya sendiri mengenangkan nasib Nabila dan derita percintaan mereka..Jiwa dan ragannya tersiksa.Mak Leha terpaksa membantu Razhiff dengan mendaftarkan anaknya di Tanjung Rambutan.Pak Imam yang mendapat berita tentang Nabila daripada Mak Leha menyesal tak sudah.Dia menjadi gila.Acapkali diajaknya jemaah masjid di kampungnya menjejaki kumpulan mafia itu bagi mendapatkan anaknya.Namun apakah yang dia mampu sedangkan polis Los Angales yang cukup canggih sendiri pun gagal menumpaskan mafia terbesar itu.Ibu Nabila meninggal akibat kesedihan menrindui anaknya.Dan hingga kini tiada siapa tahu nasib Nabila bersama anak-anaknya.


Razhiff menangis seperti anak kecil mengakhiri ceritannya.Saya juga berlinangan air mata mendengar ceritannya.Namun saya menangis bukan kerana kegagalan cinta mereka.Saya menangis tatkala mengenangkan Nabila yang diuji sedemikian rupa.Betapa dekat Allah mengujinnya. Penceramah mengakhiri cerita dengan sidang dewan yang turut sama berlinang air mata mencari hikmah dalam cerita ini.

Missnara sendiri tatkala mendengar cerita ini tak putus-putus mengucap subhanallah mengenagkan aturan Allah yang menjadi rahsia buat kita.Kita tak tahu apakah pelangi dan mentari yang Allah susunkan buat kita.Apa yang pasti Allah sentiasa dekat dengan hambannya.


Kejarlah cinta Allah..kerana hanya cinta pada-Nya..kita akan temui kekuatan yang sebenar.





















Friday, December 9, 2011

Jawapan dengan penampor? ada berani?


BABAK 1


Soalan  Penamp0r...

Jawapan dengan Penamp0r...

Pemuda : Anda siapa Dan bolehkah menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?


Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.





Pemuda : Saya ada 3 soalan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukkan wujud tuhan kepada saya?

2. Apakah yang dinamakan takdir?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari 

    api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang  
   sama.

Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?






Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)

Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak faham.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Imam : Tunjukkan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.


Imam : Itulah yang dinamakan takdir.

Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.


Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Imam : itulah jawapan untuk soalan ketiga.Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan...