Pages

Saturday, October 30, 2010

Ada yang menunggu di Telaga Kautsar

Salam penuh kerinduan daripada Missnara yang rindu untuk bersohseh-sohseh dengan pembaca semua..

Baru-baru ini Missnara ada mendengar Tazkiroh..
Buat anak-anak dara di luar sana itu ya..
kita ni jangan tinggal majlis ilmu lebih dari 3 hari..
kalau tidak hati boleh mati..
(oouh..wow..khutbah gitue)

Pada hari akhirat nanti..sewaktu  manusia akan dihisab bagi menuju ke tempat masing-masing samaada syurga atau neraka mengikut amalan masing-masing..
di suatu sudut terdapat sebuah telaga yang dikenali Telaga Kautsar..(rujuk surah al-kautsar)
Telaga Kautsar ini terletak di antara syurga dan neraka.Kelihatan beberapa anak kecil sedang memegang beberapa cawan berisi air Telaga Kautsar tadi yang telah Allah janjikan kesegarannya dapat menghilangkan kepenatan setelah menunggu dihisab.Anak-anak kecil ini menunggu dan terus menunggu..tak kira lah berapa lama pun proses hisab berlaku..anak-anak kecil ini tetap akan menunggu dengan setia bersama cawan yang berisi air Telaga Kautsar tadi..

siapakah anak anak kecil ini?

mereka ialah anak-anak orang islam yang telah meninggal dunia sebelum mencapai umur baligh.janin belum sempurna yang gugur pun termasuk dalam anak-anak kecil ini..
mereka menunggu kehadiran ibu bapa mereka untuk diberi air telaga Kautsar tadi..
Ini adalah sebagai hadiah yang dijanjikan oleh Allah buat ibu bapa yang redha akan kematian anak-anak mereka..

kisah bersambung...
setelah habis proses hisab semua manusia dan jin telah pun menuju ke syurga atau neraka mengikut amalan masing-masing,tetapi masih kelihatan seorang anak kecil yang terus menunggu sambil menangis..bertanya malaikat kepada anak kecil itu..

malaikat: wahai sayang, kenapa masih belum masuk ke syurga?
anak kecil: ibuku belum datang lagi..

malaikat mengadukan hal ini kepada Allah dan allah memaklumkan bahawa ibu anak kecil itu berada di dalam neraka...

malaikat: wahai sayang, masuklah ke dalam syurga kerana ibumu sedang menjalani azab di dalam neraka allah atas perbuatannya..

mendengar kata-kata malaikat ,si anak kecil tadi berlari ke pintu neraka dan memanggil ibunya.Anak kecil tadi sambil menangis cuba memberikan minuman Telaga Kautsar tadi kepada ibunya tetapi ditepis oleh malaikat penjaga neraka..

Anak kecil ini terus menangis dan menangis memanggil ibunya sehinggalah Rasulullah s.a.w memujuk anak ini dan dia pun masuk ke dalam syurga..

Siapakah anak ini?

Anak kecil ini ialah anak yang telah dibuang oleh ibunya..setelah dia lahir..
Ibunya disiksa oleh Allah di dalam neraka akan perbuatan buruknya tetapi anak ini tetap setia menunggu kehadiran ibunya..



fikir-fikirkanlah..